Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Kami Tidak Perlu Minta...

NAIB Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Indonesia tidak perlu memohon maaf atas kebakaran...

Semangat Nak Raya, Jari...

KUANTAN: Keasyikan seorang remaja lelaki memasang pelita bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri menjadi pengalaman...

Yayasan Bank Rakyat Agihkan...

KUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) hingga 31 Dis tahun lalu, telah...

TMJ Hadiahkan RM15,000 Pada...

KUALA LUMPUR - Penaung Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail...

CEO Pelaburan MARA Saman Fitnah Rafizi

BERBOHONG dan fitnah memang tidak dapat dipisahkan daripada PKR malah sejak ditubuhkan pada 1999 lalu, sudah banyak kali rakyat Malaysia ‘termakan’ hasutan auta parti yang ditubuhkan khas oleh Anwar Ibrahim itu.

Daripada penipuan disuntik virus HIV, racun arsenik untuk beliau, selain helah Langkah Kajang untuk singkir Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sehingga kepada cerita sensasi 1MDB dan dana RM2 bilion.

Terbaharu, setelah kantoi pembohongan konon Tabung Haji muflis yang membawa kepada ramai penyokong taksub mereka menutup akaun memboikot agensi itu, PKR kini tampil memfitnah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Matlamat PKR hanyalah untuk semai perasaan benci rakyat kepada kerajaan sebagai gagal urus tadbir di samping momokan persepsi negatif bahawa badan berkanun yang membela nasib hak Melayu itu bermasalah teruk benar.

Namun ibarat bidalan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, tohmahan jahat oleh pakar starategi propaganda parti itu, Rafizi Ramli sudah sampai kepada tahap keterlaluan yang tidak boleh dimaafkan.

Mungkin ramai masih ingat bagaimana Setiausaha Agung PKR ini hanya berdalih kata dia ‘gurau’ sahaja apabila kantoi dalam isu cincin seorang pemimpin negara kita, tetapi kali ini fitnah beliau terus bergema meracuni rakyat.

Bosan dengan permainan jahat oleh Rafizi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, Nazim Rahman tampil menerusi satu kenyataan media pada Sabtu mengumumkan bakal menyaman pemimpin PKR itu.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau tersebut:

Saya telah memutuskan untuk membuat laporan polis ke atas Rafizi esok (20 Mac 2016) dan melantik peguam secara rasmi untuk memfailkan saman. Berikut kenyataan saya UNTUK SIARAN MEDIA.

1. Hari ini saya telah memfailkan satu laporan polis terhadap Rafizi Ramli dan sebuah NGO dikenali sebagai NOW atas fitnah yang berulang-ulang kali dilakukan oleh beliau ke atas saya. Apabila beliau mula buat kenyataan dan menamakan saya berhubung dengan transaksi hartanah MARA Inc. Sdn. Bhd. di Australia tahun lepas, saya tidak berminat untuk buang masa layan fitnah beliau kerana beliau bukanlah seorang ahli politik yang saya anggap beretika. Beliau sering menggunakan taktik ‘memetik nama’ yang beliau anggap ada nilai berita tanpa mempedulikan kebenaran dan keadilan kepada pihak yang difitnah. Yang penting bagi beliau adalah kelangsungan politik peribadi.


2. Tetapi apabila beliau mengitar semula tuduhan dan fitnah dan terbaru membangkitkan tuduhan yang sama dalam ucapan di parlimen, saya terpaksa mengambil tindakan ini bagi melindungi reputasi saya. Nampak seolah-olah beliau tidak berpuas hati dan terpaksa mengulangi fitnah beliau kerana kenyataannya sebelum ini tidak dipedulikan oleh media arus perdana mahupun portal berita internet. Namun saya terpaksa membuat laporan ini pada hari Sabtu (19 Mac 2016) kerana sibuk dengan urusan kerja pada hari-hari yang lain.

3. Sebagai anggota kerja Pelaburan MARA Berhad (PMB), saya tidak pernah terlibat dalam apa-apa keputusan yang dibuat di syarikat MARA Inc. Sdn. Bhd. PMB dan MARA Inc. adalah syarikat yang berbeza yang mempunyai struktur tadbir urus dan pengurusan serta lembaga pengarah yang tersendiri. MARA Inc. juga bukan anak syarikat PMB yang membolehkan saya mempengaruhi apa-apa keputusan di syarikat itu.

3. Saya juga bukanlah pemilik atau pengarah dan tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam mana-mana syarikat yang dinamakan oleh Rafizi dalam kenyataan akhbar atau laporan polis beliau sebagai terlibat dalam transaksi hartanah Dudley House atau mana-mana transaksi yang dijalankan oleh syarikat MARA Inc.

4. Kenyataan beliau yang terus mengaitkan saya dan cuba memberi gambaran bahawa saya mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat berkenaan serta berada dalam konflik berkepentingan dalam kedudukan saya sebagai anggota kerja MARA adalah fitnah semata-mata. Tambahan lagi saya hanya menyertai PMB pada Julai 2013, lama selepas hartanah berkenaan dibeli oleh MARA Inc.

5. Laporan ini dibuat supaya penyiasatan dilakukan dan tindakan diambil ke atas beliau atas kenyataan yang jelas berunsur fitnah dan telah menjatuhkan maruah dan reputasi saya sebagai anggota kerja MARA.

Nazim Rahman
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Pelaburan MARA Berhad
Kuala Lumpur
Sabtu, 19 Mac 2016

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori