• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Didakwa Tunjuk Kemaluan Kepada Gadis

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Gara-gara menunjukkan kemaluan kepada seorang gadis, seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan melakukan gangguan seksual.

Mohamad Bukhari Mat Jusoh, 26, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Lelaki itu didakwa telah berdiri di pintu jeriji dengan menunjukkan kemaluan di hadapan rumah sewa seorang gadis berusia 24 tahun dengan niat hendak mengaibkan kehormatan seseorang.

Mohamad Bukhari didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Kebun Sultan di sini, kira-kira jam 7.40 malam pada 7 Februari lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ainun Zafirah Abd Halim menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mohamad Bukhari yang memakai baju lokap warna ungu memohon kepada mahkamah agar wang jaminan tersebut dikurangkan.

Namun, Nik Habri memberitahu, jumlah jaminan tersebut adalah munasabah dan menolak permohonan tertuduh.

Beliau turut menetapkan 23 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut. – Sinar Harian Online

Tags: Gila Seksmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd