• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belajar Agama Menerusi Media Sosial Boleh Terjebak Ajaran Sesat

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pembelajaran agama daripada sumber tidak sahih melalui media sosial antara punca yang boleh menyebabkan mudah terjebak dengan ajaran sesat, kata Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad.

Beliau berkata kini terdapat banyak kuliah dan maklumat berkaitan agama dimuat naik ke dalam media sosial yang sumbernya tidak dipastikan.

Katanya adalah penting untuk merujuk kepada mereka yang arif tentang agama berhubung sebarang maklumat berkaitan agama Islam di dalam media sosial.

“Kita sedih anak-anak muda ini kerana mereka tidak ada asas agama yang cukup. Apa saja yang benda baharu yang dibawa mereka fikir itu betul sedangkan apapun kita kena rujuk syariat.

“Anak muda sekarang suka ambil sesuatu ajaran agama dari sumber tidak benar. Dalam Facebook (media sosial) ini siapa pun boleh tulis, jadi kesahihan sumber itu sangat diragui,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai kumpulan ajaran sesat Millah Abraham yang dikesan giat merekrut pengikut dengan menyasarkan golongan muda.

Mengambil contoh ajaran sesat Millah Ibrahim, Syeikh Muhamad berkata ajaran itu jelas menyimpang daripada ajaran agama memandangkan antara perkara yang dibawa ialah meninggalkan solat lima waktu.

“Ajaran Millah Ibrahim ini terang-terangan salah. Antara ajaran yang salah ialah mereka tidak perlu kepada solat lima waktu, kononnya apa perlu lagi solat kerana kita berada pada jalan lurus. Sedangkan yang berada di jalan lurus ialah orang-orang beriman kepada Allah, dan al-Quran,” katanya.

Antara perkara yang bertentangan dalam ajaran itu ialah mereka mendakwa ada rasul selepas Nabi Muhammad SAW, mensyirikkan golongan yang tidak mengikut ajaran mereka, menggabungkan tiga agama (iaitu Islam; Kristian dan Yahudi), memahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri, mendakwa kejadian hari kiamat adalah palsu dan meninggalkan solat Jumaat serta solat lima waktu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]tcIE9q6tjHI[/wpdevart_youtube]

Tags: media sosial
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa mewajibkan anak-anak membaca buku setiap hari bagi memupuk...

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd