• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beg Holdall Terbesar Dunia Kini Berada Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Beg pegang ‘holdall’ yang merupakan yang terbesar di dunia seumpamanya kini dipamerkan di Megamall Kuantan selama 10 hari bermula Jumaat.

Ia dikatakan boleh memuatkan dua buah kereta Myvi.

Pengarah Pemasaran Mostwell Sdn Bhd yang mengendalikan Pusat Latihan Kraftangan Epal, Eric C H Chua berkata beg itu dihasilkan 1,492 individu dengan setiap seorang menyumbang dua helai kemeja terpakai sebagai material utama beg berkenaan.

“Setiap kemeja dipotong menjadi perca kecil dan dijahit bersama-sama perca kemeja lain sehingga menjadi sebuah beg berukuran 7.62 meter panjang, 3.04 meter lebar dan 5.6 meter tinggi.

“Penghasilan beg ini turut mempunyai cerita tersendiri dan nilai sentimental kepada pesertanya. Misalnya ada peserta yang menyerahkan baju kemeja pertama yang dipakai suaminya ke tempat kerja untuk diabadikan pada beg ini,” katanya kepada pemberita.

Eric berkata beg tersebut turut mengharumkan nama Malaysia sebagai pemegang rekod dunia Guinness bagi kategori beg holdall terbesar yang diiktiraf pada 29 Mei tahun lepas.

Sebanyak 31 agensi kerajaan, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan dan sekolah menyumbang tenaga dalam proses pembuatan beg itu yang mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan mulai 15 Disember 2014.

“Proses menjahit dilakukan di tempat mereka di seluruh negara dengan peringkat akhir iaitu mencantumkan semua jahitan dilakukan di Pusat Latihan Kraftangan Epal di Puchong, Selangor,” katanya.

Eric berkata beg berwarna-warni itu telah dan akan dipamer ke seluruh negara termasuk Melaka, Terengganu, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Di Megamall Kuantan, Epal turut mempamer beg buatan tangan lain daripada bahan terpakai termasuk daripada botol minuman.

“Pengunjung juga dapat mengikuti kelas jahitan bersama 16 tenaga pengajar Pusat Epal yang menunjukkan cara-cara menghasilkan karung tisu yang boleh disiapkan dalam tempoh kurang daripada 10 minit,” katanya. – BERNAMA

Tags: Beg HoldallGuinness
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

India Cipta Rekod Dunia Tuala Wanita Terpanjang

12/01/2019
0

UNIK... Ratusan peserta sebuah kongres perubatan di India catat rekod dunia Guinness baharu bagi barisan tuala wanita terpanjang, dalam langkah...

Rekod Straw Paling Banyak Dalam Mulut

22/11/2017
0

NEW DELHI - Seorang lelaki di India berjaya mencatatkan namanya dalam Rekod Dunia Guinness apabila menyumbat 459 straw minuman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd