Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

‘Lelongan Perceraian’ Russell Crowe...

BINTANG Hollywood, Russell Crowe, 54, telah mengadakan ‘Lelongan perceraian’ terhadap barang-barangnya yang berjaya...

‘Avengers’ Berkas Pengedar Dadah...

LIMA, PERU – Sepasukan anggota polis di Peru bertindak menumpaskan sindiket pengedar dadah...

2,144 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 2,144 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,780,284.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Menteri Pergi Sekolah Kerana...

PETALING JAYA - Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau “kagum” dengan...

Rekod Straw Paling Banyak Dalam Mulut

NEW DELHI – Seorang lelaki di India berjaya mencatatkan namanya dalam Rekod Dunia Guinness apabila menyumbat 459 straw minuman di dalam mulutnya.

Manoj Kumar Maharana, 23, yang berasal dari Odisha berjaya memecahkan rekod dunia untuk straw minuman paling banyak disumbat ke dalam mulut tanpa menggunakan tangan.

Untuk memecahkan rekod itu, Maharana perlu memastikan semua straw minuman berada di dalam mulutnya selama 10 saat tanpa ada satupun yang jatuh.

Rekod straw minuman paling banyak disumbat ke dalam mulut tanpa menggunakan tangan itu sebelum ini bertahan selama lapan tahun.

Rekod sebelum ini dipegang Simon Elmore dari Jerman yang berjaya menyumbat 400 straw minuman di dalam mulutnya.

Syarat cabaran ini, pencabar tidak boleh menggunakan tangan untuk menyokong straw minuman di dalam mulut mereka.


Pencabar hanya boleh menggunakan gelang getah untuk mengikat straw minuman berkenaan.

Maharana berkata, sejak kecil lagi dia bercita-cita untuk mencatatkan namanya di dalam buku Rekod Dunia Guinness.

“Selepas mendengar mengenai rekod yang dibuat oleh Elmore sebelum ini, saya bertekad untuk memecahkannya,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Kategori