• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Persiaran Terbalik Dirempuh Jentera Bomba

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Sebuah bas persiaran dari arah Hat Yai, Thailand, yang membawa 16 penumpang dirempuh hingga terbalik oleh sebuah jentera bomba di kawasan perhentian di Kilometer 6.9, Jalan Changlun-Bukit Kayu Hitam di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nazri Zakaria berkata kejadian berlaku pukul 4.30 petang tadi apabila bas berkenaan gagal membuat pusingan U kerana laluan sempit.

“Apabila gagal, bas berkenaan kemudian cuba untuk berundur untuk membuat pusingan U untuk ke Kuala Lumpur. Namun sebuah jentera bomba dari Balai Bomba Bukit Kayu Hitam yang bergerak laju tidak dapat berhenti lalu melanggar bas berkenaan, menyebabkan bas tersebut terbalik,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Kemalangan mengakibatkan 12 orang cedera ringan manakala pemandu dan pemandu kedua bas patah kaki.

Penumpang berusia lingkungan antara 20 dan 40-an terdiri daripada sembilan warga Thailand, empat (Malaysia) dan tiga warga Singapura.

Jentera bomba berkenaan dikatakan baru diselenggara di Bahagian Kejuruteraan JBPM di Alor Setar dan dibawa balik ke Balai Bomba Bukit Kayu Hitam. Pemandu jentera berkenaan bagaimanapun selamat dan tidak cedera.

Salah seorang mangsa, Ang Kok Wah, 40 yang juga rakyat Singapura, berkata kesemua mereka dari Hat Yai bagi menghadiri upacara sembahyang khas selama tiga hari dan sedang dalam perjalanan balik ke Singapura.

“Ketika itu saya sedang tidur, kejadian berlaku terlalu pantas hanya tiga saat. Saya dengar bunyi sangat kuat dan pada masa sama saya rasa bas terbalik.

“Kesemua penumpang menjerit dan bertindih satu sama lain. Kami keluar melalui tingkap atas bas,” katanya.

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana terselamat dan hanya mengalami sedikit kecederaan pada kaki dan menurutnya mereka kini menunggu pengendali bas menguruskan perjalanan balik mereka ke Singapura. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd