• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azlan Arah JPN Buat Kajian Pembabitan Pelajar Dengan Ketum

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengarahkan Jabatan Pendidikan (JPN) Perlis membuat kajian pembabitan pelajar sekolah menengah di negeri ini dengan pengambilan daun ketum berikutan keputusan peperiksaan merosot.

Katanya pengambilan air ketum juga dipercayai menyumbang kepada gejala ponteng sekolah manakala penggunaan gajet seperti telefon bimbit di sekolah yang sukar dibendung menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pelajaran.

“Isu ini hendaklah diberi perhatian. Saya mahu kajian turut membabitkan ibu bapa dan guru selain pelajar,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita setelah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat negeri kepada 424 orang guru di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Khoon Aik, di sini hari ini.

Pengarah JPN Perlis, Izmi Ismail turut hadir.

Azlan berkata ketagihan air ketum hendaklah dibanteras sebelum menjadi lebih serius sehingga menyebabkan kesan sosial lebih buruk yang menjurus kepada penggunaan najis dadah.

Dalam perkembangan lain Menteri Besar itu menyifatkan tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir duduk semeja dengan pemimpin pembangkang sebagai keterlaluan dan boleh dianggap melanggar disiplin parti.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan kedua-dua bekas pemimpin itu melanggar prinsip kepartian dan bertentangan dengan perlembagaan parti.

“Kita tidak boleh terima pemimpin kita duduk bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional,” kata Azlan. – BERNAMA

Tags: Azlan Manketum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd