• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 6 Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Pulau Kendi

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan satu bot nelayan Indonesia bersama seorang tekong dan lima awak-awak yang menceroboh perairan negara di 44 batu nautika barat laut Pulau Kendi dekat sini semalam.

Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Laksamana Pertama Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata bot nelayan itu ditahan pada pukul 11 pagi semalam kerana menceroboh zon perikanan Malaysia dan menangkap ikan tanpa kebenaran selain tidak mempunyai nombor pendaftaran.

“Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 19 hingga 35 tahun yang kesemuanya berasal dari Indonesia.

“Kesemua mereka dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menyita bot itu dan merampas ikan seberat 300 kilogram.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya.

Kamaruszaman berkata pihaknya sering menerima aduan daripada nelayan tempatan mengenai pencerobohan secara haram di perairan Malaysia.

Katanya APMM akan mempertingkatkan rondaan dan menguatkuasakan undang-undang terutamanya di kawasan sempadan perairan negara bagi mengelak aktiviti pencerobohan secara haram daripada terus berleluasa. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd