PUTRAJAYA – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatannya dari Bulgaria Daniel Mitov di Wisma Putra di sini.
Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira 30 minit itu antara lain membincangkan mengenai isu dua hala serta isu serantau dan antarabangsa.
Mitov yang pertama kali melawat Malaysia memulakan kunjungan tiga harinya sejak Ahad.
Selain perjumpaan dengan Anifah, beliau turut bertemu Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam.
Hasil pertemuan tersebut kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum persefahaman mengenai aktiviti kerjasama dalam bidang undang-undang.
Semalam Mitov turut bertemu Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. – BERNAMA