• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Perlu Bersatu Dalam Hadapi Pelbagai Tekanan

oleh Ahmad Albab
25/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Anggota UMNO perlu memberi sokongan terhadap kepimpinan parti dengan menunjukkan perpaduan dalam menghadapi pelbagai tekanan yang melanda parti keramat itu, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata langkah itu memberi keyakinan kepad rakyat bahawa parti itu mampu mentadbir negara dengan baik dan hubungan baik sesama anggota pula pasti membuka ruang lebih cerah untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Semua anggota UMNO kena faham, jangan mudah terbawa-bawa (dengan tekanan yang sedang dialami) kerana pihak luar akan gunakan kelemahan untuk memperalat kita.

“Kita seharusnya tunjukkan kepada rakyat bahawa anggota UMNO mempunyai solidariti yang kuat dalam terus memperkukuh parti yang mentadbir negara sejak berpuluh tahun dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Taklimat Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Kapar, di sini malam tadi.

Menyifatkan pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed turut dilanda tekanan hebat, Annuar berkata kesetiaan dan kepatuhan anggota kepada pemimpin dan parti ketika itu yang menjadikan UMNO sebuah parti yang ‘padu’.

Disebabkan itu katanya, rakyat harus melihat keteguhan UMNO dalam ruang lingkup yang lebih luas dan anggota yang seharusnya memainkan peranan utama dalam menjadikan parti teguh demi kestabilan negara.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah. – BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd