• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Quran Berusia Lebih 300 Tahun Jadi Khazanah Di Selatan Thailand

oleh Ahmad Albab
08/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa naskhah al-Quran dan kitab-kitab lama berusia lebih 300 tahun yang ditemui di wilayah selatan Thailand menjadi khazanah penting dan bernilai bagi penduduk Islam di wilayah itu.

Pengetua Sekolah Menengah Samanmit Vittaya di wilayah Narathiwat, Mahamad Lutfi Hajisamae, yang memulakan inisiatif pengumpulan bahan-bahan tersebut, berkata sekolah berkenaan menjadi pusat penyimpanan kitab-kitab yang dikumpulkan sejak dua tahun lepas.

“Al-Quran yang dihimpunkan itu merupakan pusaka daripada nenek moyang saya dan sesetengahnya diperoleh dari luar negara seperti Yaman, Arab Saudi dan Indonesia.

“Kami juga berjaya menghimpunkan beberapa buah al-Quran daripada penduduk yang tinggal di kawasan ini. Ada al-Quran yang berasal dari Yaman yang ditulis pada tahun 1634,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata terdapat al-Quran dan kitab yang dikumpulkan itu masih berada dalam keadaan baik dan sebahagian besar hampir rosak serta terkoyak sehingga perlu menggunakan sarung tangan untuk menyentuh naskhah berkenaan.

quran2

“Ia perlu disimpan di dalam bilik kedap udara bagi mengelak daripada sebarang kelembapan udara supaya naskhah berkenaan tidak bertambah rosak,” katanya.

Mahamad Lutfi berkata sebanyak 74 naskhah al-Quran sudah dibaiki oleh pakar dalam bidang pemulihan di Turki dan kini disimpan di bilik penyimpanan al-Quran di sekolah itu manakala 29 buah lagi masih dalam proses pemulihan.

Beliau berkata proses pemulihan kitab-kitab tersebut mengambil masa antara lapan bulan dan satu tahun, bergantung kepada keadaan kerosakan kitab tersebut.

Selain al-Quran, sekolah itu juga mengumpul 15 kategori kitab dan manuskrip para ulama Fathoni (ulama yang berasal dari wilayah Pattani) seperti kitab agama, sains dan perubatan serta manuskrip pembuatan perahu yang kesemuanya berjumlah lebih 1,000 buah.

Sebagai langkah pemuliharaan naskhah berkenaan, Mahamad Lutfi berkata Kementerian Kebudayaan Thailand sedang bekerjasama dengan kerajaan Turki bagi membina sebuah Muzium Perhimpunan Pusaka Islam di sekolah itu.

“Kami sedang menjalankan program pembangunan muzium itu dengan menggunakan dana sebanyak 142 juta baht (RM16.4 juta) dan dijangka siap tahun depan.

“Saya harap muzium itu akan menjadi satu daripada pusat kemajuan khazanah Islam di negara ini dan akan menarik hati semua orang Islam di Nusantara malah di seluruh dunia,” katanya. – BERNAMA

Baca: Pusaka Unik Warisan Suku Asli Papua Rupa-Rupanya…

Juga: Masjid Indonesia Di Bangkok Ini Tiada Jiwa Indonesia

Tags: Al-Quran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd