• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Chuping Nasihat Penduduk Elak Terdedah Panas Matahari

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chuping, Asmaiza Ahmad menasihatkan lebih 10,000 penduduk Chuping supaya tidak mendedahkan diri di bawah panas terik matahari tanpa perlindungan.

Katanya suhu panas akibat fenomena El Nino yang melanda sekarang adalah luar biasa lebih-lebih lagi Chuping merupakan kawasan paling panas di Malaysia.

“Saya ingin ingatkan ibu bapa memastikan anak-anak mereka yang diberi cuti dua hari oleh Kementerian Pendidikan hari ini dan esok menggunakan masa itu mengulang kaji pelajaran di rumah, bukan bermain di luar rumah.

“Jika sekalipun mereka keluar rumah, sebaiknya pakailah pelindung kepala,” kata timbalan Exco Pendidikan Negeri itu kepada Bernama di sini Selasa.

Menurut beliau dalam kawasan Chuping terdapat hampir 3,000 pelajar di sembilan buah sekolah iaitu dua sekolah menengah dan tujuh sekolah rendah.

Chuping yang pernah mencatatkan kepanasan suhu melebihi 40.1 Celsius pada 9 April 1998 diisytiharkan sebagai kawasan terpanas di Malaysia, dan semalam merekodkan 38 darjah Celsius. – BERNAMA

Tags: cuaca panaspenduduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan

Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan

22/07/2026
0

SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Jeming Hasan mengakui video temu bual beliau dengan penduduk Negeri Sembilan semalam hanyalah satu...

Netizen Geli Hati Video PH ‘Temu Bual’ Penduduk, Dakwa Nampak Berlakon

Netizen Geli Hati Video PH ‘Temu Bual’ Penduduk, Dakwa Nampak Berlakon

22/07/2026
0

SEREMBAN – Satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial memaparkan sesi temu bual seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd