• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50% Kes Jenayah Di Perlis Melibatkan Curi Kenderaan

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Polis Perlis mempergiatkan aktiviti pengawasan dan risikan di seluruh negeri termasuk menambah keanggotaan di dalam setiap unit pencegahan jenayah terutamanya bagi pasukan Op Lejang untuk membanteras kegiatan curi motosikal.

Ketua Polis Negeri, SAC Shafie Ismail berkata langkah itu bagi menjamin tahap keselamatan awam sentiasa berada di tahap optimum sekaligus mengekang peningkatan kadar jenayah berlaku di negeri itu.

“Bermula Januari sehingga 3 Mac, sebanyak 129 kes jenayah telah direkodkan di negeri itu iaitu peningkatan sebanyak 32 kes berbanding 97 kes bagi tempoh yang sama pada 2015.

“Walaupun Perlis merekodkan kadar jenayah terendah berbanding negeri-negeri lain, tetapi kita tidak mahu beri peluang untuk kes-kes jenayah terus meningkat seterusnya kian berleluasa,” katanya dalam wawancara dengan Bernama di sini baru-baru ini.

Menurut Shafie daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan, sebanyak 50 peratus daripada indeks jenayah di Perlis adalah kegiatan curi kenderaan terutamanya motosikal.

“Tahun ini sahaja sebanyak 63 kes curi motosikal dilaporkan. Justeru Polis memperkasa keanggotaan Op Lejang serta perbanyakkan operasi sekatan jalan raya untuk membanteras kegiatan tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut Shafie berkata Polis percaya jenayah curi motosikal ini dilakukan secara individu dan turut melibatkan kegiatan secara berkumpulan.

“Saya telah arahkan empat kumpulan pasukan Ops Lejang yang diketuai oleh pegawai berpangkat ASP daripada IPK (Ibupejabat Polis Kontinjen) negeri dengan keanggotaan seramai lima orang setiap kumpulan.

“Sementara di peringkat IPD (Ibupejabat Polis Daerah) mereka juga tubuhkan kumpulan Op Lejang untuk pengawasan dan risikan di setiap daerah,” kata Shafie.

Katanya kegiatan curi motosikal ini tidak harus dipandang remeh kerana boleh mendorong kepada jenayah lain yang lebih besar jika tidak diawasi.

“Ada yang curi moto sebab nak guna sendiri tetapi ia akan lebih teruk jika ada yang curi untuk jual ‘alat ganti’ moto untuk dapatkan duit bagi aktiviti lain seperti dadah,” katanya.

Selain itu menurut Shafie polis mendapati antara trend jenayah lain yang turut menular di negeri ini ialah kegiatan pecah rumah tetapi polis sentiasa bersiap siaga dalam berhadapan sebarang kemungkinan jenayah yang lebih besar dan berbahaya.

Shafie berkata berdasarkan perkembangan semasa, terutama faktor keadaan ekonomi yang tidak menentu ia sangat mempengaruhi tingkah laku umum dan polis berwaspada terhadap potensi untuk kadar jenayah meningkat di negeri ini adalah sangat besar.

Justeru peranan orang ramai juga sangat penting dalam mengamalkan sikap prihatin terhadap keadaan sekeliling serta bertanggungjawab melindungi harta persendirian mereka.

“Pastikan kereta berkunci semasa parkir, kunci tayar motosikal jika tidak digunakan serta pastikan kunci kenderaan disimpan selamat dan prihatin terhadap penggunaan ciri-ciri keselamatan sewaktu di rumah atau mahu meninggalkan rumah,” katanya.

Selain unit peronda polis yang ditugaskan keluar berkawal, kerjasama daripada masyarakat setempat juga amat dialu-alukan untuk membuat laporan kepada pihak polis sekiranya terdapat maklumat, katanya. – BERNAMA

Tags: JenayahPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd