• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,000 Tan Makanan Dibuang Sehari Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kira-kira 3,000 tan makanan dibuang dalam sehari di Malaysia merupakan pembaziran yang boleh dielakkan, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Datuk Dr Sharif Haron.

Merujuk kepada statistik pengendali sisa pepejal dan pembersihan awam SW Corporation, beliau berkata makanan yang dibuang itu termasuk yang belum disentuh dan masih boleh dimakan.

Berikutan itu, katanya, kerajaan telah mengerakkan inisiatif Save Food Malaysia (MYSaveFood) pada tahun lepas sebagai usaha untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan di negara ini.

MySaveFood diwujudkan berdasarkan SaveFood Campaign, satu inisiatif global yang diperkenalkan oleh Messe Duseeldorf Group di Berlin, Jerman pada 2011, dengan kerjasama Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), katanya.

Sharif berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Serantau Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bersatu Ke-33 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut melancarkan kempen ‘MYSaveFood’.

Sharif berkata FAO menganggarkan satu pertiga makanan yang dihasilkan atau 1.3 bilion metrik tan yang bernilai RM4.4 trilion di dunia hilang atau dibazirkan.

“FAO memandang serius terhadap kehilangan dan pembaziran makanan yang berlaku di seluruh dunia dan mula menggerakkan inisiatif SaveFood ke negara Asia Pasifik termasuk Malaysia,” katanya.

Sebanyak 350 institusi dan organisasi serta lebih 50 buah negara telah menyertai SaveFood sejak 2011.

Sharif berkata Mardi dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani menjadi koordinator bagi inisiatif MYSaveFood di Malaysia bagi menjalankan kempen meningkatkan kesedaran mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan.

“Juga menubuhkan jaringan MYSaveFood untuk membentuk jaringan kerjasama dengan sektor swasta, badan bukan kerajaan, persatuan pengguna dengan sokongan padu daripada kementerian dan pihak berkuasa tempatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: makanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun 2050

25/04/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd