Sample Page Title

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam makanan murid-muridnya, lapor laman berita Korean Times hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahkamah Daerah Selatan Seoul mensabitkan kesalahan wanita berusia 50 tahun itu atas tuduhan cubaan mencederakan kanak-kanak pada Khamis lalu dan memerintahkan 10 tahun sekatan pekerjaan terhadapnya di institusi kanak-kanak berkaitan.

“Tertuduh melakukan jenayah terhadap kanak-kanak sedangkan dia bertanggungjawab untuk melindungi mereka.

“Tertuduh juga terus membuat alasan yang tidak dapat difahami. Hakikat bahawa kanak-kanak itu sebenarnya tidak dicederakan telah dipertimbangkan apabila hukuman diputuskan,” kata mahkamah dalam keputusannya.

Menurut penyiasat, wanita itu meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk dalam makanan yang disediakan untuk kanak-kanak di sebuah tadika di Seoul pada November 2020.

Semasa siasatan polis, dia mendakwa cecair yang dimasukkan ke dalam makanan itu hanyalah air tetapi analisis susulan oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan terbukti ia mengandungi bahan pencuci dan bahan penghalau nyamuk.

Dalam perbicaraan pertamanya, tertuduh menolak tuduhan terhadapnya dan berkata: “Sebagai seorang guru dan ibu, saya tidak pernah melakukan perkara yang boleh menyakiti seseorang.”

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...