• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Banglo Murah: LGE Cuma Percaya Malaysiakini?

oleh
25/03/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN inilah dikatakan hak kebebasan media cara pembangkang yang sering canang satu dunia konon hanya mereka sahaja mendokong prinsip ‘freedom of press‘ walhal hakikatnya ia cuma pembohongan semata-mata!

Contoh terbaharu tindakan Lim Guan Eng enggan jawab soalan wartawan media prokerajaan sama ada beliau akan saman Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya berikutan pendedahan skandal banglo murah.

Pemimpin DAP itu ketika ditanya, hanya diam dan tanya kembali ‘awak daripada media mana?’ kemudian apabila dimaklumkan daripada portal mesra kerajaan BN, beliau terus keluar daripada lobi Parlimen pada Khamis.

Langkah beliau dituruti beberapa petugas  media lain ke luar Parlimen, namun Ketua Menteri Pulau Pinang ini hanya terus mengunci mulut walaupun empat kali soalan yang sama terus diajukan kepadanya oleh wartawan itu.

“Siarkan apa yang saya sebut dalam sidang media sahaja, kerana apa yang saya cakap sering diputar belit, tidak payah cakap BNBBC, saya tengok New Straits Times, Utusan Malaysia, tengoklah macam mana,” katanya ringkas.

Guan Eng dalam sidang media sebelum itu menjelaskan pihaknya telah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertemu dan menjelaskan isu skandal hartanah tersebut pada bila-bila masa.

mkini

Dalam pada itu, Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen DAP Bagan turut sempat lagi bertanya kehadiran portal berita terkenal propembangkang Malaysiakini untuk membuat liputan ketika sidang akhbar beliau tersebut.

“Tadi Malaysiakini sempat ‘record’ tak apa yang saya cakap? Hati saya berdegup kencang jika Malaysiakini tidak sempat ‘record’,” terang beliau dalam nada secara berseloroh namun menimbulkan tanda tanya apa agendanya.

Ia sekali gus menunjukkan yang Guan Eng memang tidak profesional dan lebih bersikap ‘double standard’ terhadap media tertentu dalam buat kenyataan, berlawanan dengan prinsip kekebasan bersuara dilaungkan DAP.

Minggu lalu, Shabuddin telah menggesa SPRM supaya menyiasat pembelian rumah di bawah harga pasaran di Jalan Pinhorn, George Town dengan harga serendah RM2.8 juta yang sepatutnya dijual pada harga RM4.7 juta.

Ini kerana rumah tersebut dibeli daripada pemilik bernama Phang Li Koon, dan wanita itu telah membeli tanah kerajaan negeri dengan nilai RM11 juta yang sepatutnya dibangunkan untuk flat Projek Perumahan Rakyat.

Namun rancangan asal itu dibatalkan selepas tanah itu dijual kepada sebuah syarikat swasta untuk pembinaan hospital swasta dan hotel mewah yang hanya ‘mampu’ dilihat oleh rakyat miskin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Selepas TMI, Malaysiakini Juga Mungkin Ditutup?

Juga: Terbongkar Portal Sensasi Memang Sebar Berita Palsu

Lagi: Peguam Buat Laporan Polis ‘Kebiadaban’ Malaysiakini

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd