• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Miss Phang ‘Bohong’ Akuan Bersumpah Skandal Banglo LGE

oleh
26/03/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ahli perniagaan Phang Li Koon didakwa berbohong dalam akuan bersumpah beliau sendiri berhubung isu penjualan skandal banglo RM2.8 juta kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ia didedahkan Pemuda UMNO Pulau Pinang selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini Rabu mendakwa dakwaan Li Koon tiada sebarang urusan bisnes dengan kerajaan negeri adalah tidak tepat.

“Konon tidak ada apa-apa urusan perniagaan dengan kerajaan negeri tetapi jika merujuk laman web InvestPenang sendiri, beliau ialah pemegang saham beberapa syarikat disenaraikan di situ,” kata Ifan Zaimi Mohd. Tahar.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Pulau Pinang itu mendakwa Winbond Management and Consultancy Sdn. Bhd. disenaraikan sebagai satu syarikat yang diberi kelulusan untuk menyediakan pekerja asing di negeri ini.

Li Koon atau juga mesra disebut sebagai Miss Phang kata Ifan Zaimi, telah disenaraikan sebagai orang hubungan syarikat tersebut dan mendakwa beliau malah mempunyai kepentingan 20 peratus pegangan dalam firma itu.

Semakan menerusi InvestPenang menunjukkan Winbond Management and Consultancy Sdn. Bhd. disenaraikan di bawah menu “Sumber” dan salah satu pembekal perkhidmatan dalam senarai agensi pekerjaan di Pulau Pinang.

phang-li-koon

Dalam laporannya, Ifan Zaimi yang juga seorang peguam, mendakwa bahawa alasan “willing buyer, willing seller” kerana menjual banglonya di Jalan Pinhorn kepada Guan Eng di bawah nilai pasaran tidak sah dalam kes ini.

“Jika kita melihat Seksyen 165 Kanun Keseksaan, ia merujuk kepada seorang penjawat awam menerima sebarang benda yang berharga daripada seseorang dalam apa-apa prosiding atau pun transaksi perniagaan,” katanya.

Miss Phang katanya maklum bahawa Setiausaha Agung DAP itu hanya membayar RM2.8 juta untuk membeli rumah itu walhal anggaran nilai hartanah tersebut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ialah RM4.27 juta.

Ia sekali gus jelas menunjukkan seorang penjawat awam menerima sesuatu berharga daripada orang lain. Justeru Ifan Zaimi menggesa polis siasat dakwaan Li Koon dan Guan Eng atas kemungkinan pelanggaran undang-undang.

Pada Selasa, Miss Phang mendedahkan bahawa beliau konon melakukan perjanjian lisan yang dibuat pada 2012 untuk menjual banglo tersebut di Jalan Pinhorn kepada Guan Eng dengan harga cuma RM2.8 juta.

Wanita ini menafikan ada sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri dan apa-apa hubungan dengan syarikat yang terlibat dalam penjualan kontroversi tanah Taman Manggis, yang dikaitkan dengan banglo itu.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mengaitkan pembelian banglo oleh Guan Eng pada 2015 dengan isu tanah Taman Manggis selepas membangkitkan persoalan harga jualan rendah hartanah itu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Skandal Banglo Murah – Apakah Istimewa Miss Phang Dengan LGE?

Juga: Pemilik Banglo Kontroversi Mengaku Bukan Pengarah Syarikat

Tags: Lim Guan EngMiss PhangPhang Li Koon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd