• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Peniaga Didenda RM5,500 Gagal Daftar GST

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua orang peniaga didenda RM5,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan gagal mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh yang ditetapkan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Habibah Mohamed Yusof juga memerintahkan Tay Sau Lin, 43, Wong Juen Wen, 38, dihukum penjara empat bulan jika mereka gagal menjelaskan denda itu.

Tay merupakan pemilik tunggal Kejuruteraan Seri Kuantan di Taman Peramu Baru di sini, yang menjalankan perniagaan memborong minyak masak terpakai, mengaku melakukan kesalahan itu pada pukul 6.09 petang, 31 Mac 2015.

Wong, pemilik syarikat JWCT East Coast Trading di Taman Mahkota Aman di sini yang membekalkan pekerja dalam industri minyak dan gas, didakwa melakukan kesalahan itu pada 6.01 petang, 1 Mac 2015.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada tarikh berkenaan di Unit Penguatkuasaan Pandaftaran GST, Cawangan Pendaftaran dan Pengurusan Hasil GST di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 184(4) Akta GST 2014 dan boleh dihukum menurut Seksyen 96 akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua mereka menjalankan perniagaan yang mempunyai nilai ambang pembekalan bercukai sebanyak RM500,000 atau lebih telah gagal untuk memohon kepada Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) sebelum pelaksanaan GST dikuatkuasakan pada 1 April 2015.

Semakan pihak Kastam juga mendapati Tay hanya membuat pendaftaran secara sah pada 31 Mac manakala Wong pada 1 Mac, sedangkan tarikh akhir lanjutan bagi pendaftaran sistem cukai itu ialah pada 28 Feb 2015.

Tay dalam rayuannya memohon supaya hukuman ke atasnya dikurangkan atas alasan menanggung dua orang anak yang masih bersekolah dan ibu bapa yang uzur, selain perniagaannya tidak memberi pulangan untung yang banyak pada tahun lalu.

Sementara itu, Wong yang hadir berseorangan di mahkamah memohon maaf atas kesalahan dilakukanya dan turut mendakwa dia menjaga ibu bapanya.

“Saya kurang faham dengan GST. Saya mohon kurangkan denda kerana saya mendaftar lewat selepas tahu tentang GST,” katanya.

Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Mohd Khairuddin Nisha Mohd Shafeek pula memohon mahkamah menjatuhi hukuman berbentuk pengajaran kepada orang kena saman itu, dan sebagai amaran kepada peniaga lain.

Tay dan Wong masing-masing menjelaskan denda itu. – BERNAMA

Tags: GSTpeniaga
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd