Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MIHAS Berakhir Dengan Tanda...

PAMERAN Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2018 yang berakhir pada 7 April lalu dengan tanda...

Perak Masih Kaji Jual...

KUALA KANGSAR – Kerajaan negeri Perak perlu mengutamakan keperluan air di negeri ini...

Banjir Melanda, Penoreh Hilang...

RANTAU PANJANG - “Kedatangan musim tengkujuh menyebabkan saya hilang punca pencarian, hanya bergantung...

Pintu Luas Pusat ‘Judi...

KUALA LUMPUR - Berselindung di sebalik kelab sukan dan restoran bagi mengaburi mata...

RM800j Tuntutan Semula GST Tidak Dibayar Kerana Maklumat Diragui

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM800 juta tuntutan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dibayar kepada pemohon setakat ini kerana terdapat maklumat diragui dan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata perkara itu adalah antara faktor tuntutan semula GST tidak dapat dibayar dalam tempoh 14 hari mengikut prosedur ditetapkan.

“Walaupun pada April tahun lalu jumlah permohonan yang berjaya diproses dalam masa 14 hari meningkat kepada 66.6 peratus pada Disember, namun masih terdapat halangan dalam pelaksanaan proses bayaran balik GST kepada syarikat-syarikat pemohon,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mengenai proses penebusan balik wang hasil kutipan GST yang didapati mengambil masa selama tiga bulan dan tindakan kementerian bagi mengatasi masalah itu.

Mengulas lanjut, Chua berkata selain itu, faktor syarikat tidak dapat dihubungi selepas tujuh hari daripada tarikh pengeluaran notis untuk pengesahan lanjut, tiada maklum balas daripada pemohon kepada ‘pertanyaan’ daripada pihak Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) dan maklumat perbankan yang tidak lengkap juga antara sebab tuntutan lambat atau tidak dapat diproses.


Chua berkata terdapat dua tempoh proses tuntutan balik GST iaitu 14 hari bekerja bagi tuntutan secara dalam talian melalui sistem MyGST dan 28 hari bekerja bagi tuntutan secara manual atau serahan tangan.

Beliau berkata beberapa prosedur terlibat telah ditambah baik termasuk mempercepatkan proses pembayaran balik bagi kes permohonan yang lengkap dan meningkatkan bilangan pegawai terlibat untuk memproses tuntutan.

Selain itu, katanya semakan berasaskan profil risiko ke atas syarikat terlibat dilaksanakan bagi mengelakkan tuntutan palsu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori