SEBELUM ini, pihak Microsoft telah membuat satu pengumuman berkenan mereka akan mula menjual papan kekunci yang mempunyai sekongan pengimbas cap jari untuk pasaran Malaysia.
Terbaharu, Microsoft Malaysia telah mula menjual peranti yang dijanjikan menerusi beberapa pengedar rasmi Microsoft di lokasi-lokasi utama.

Menerusi Type Cover yang memberikan sokongan Fingerprint ID ini, ia akan memberikan lebih kawalan sekuriti kepada pemiliknya.
Ia juga akan memudahkan pengguna untuk log masuk dan ia akan menambah sekuriti kepada komputer Surface Pro mereka.
Menurut penjual Microsoft di Malaysia, papan kekunci Type Cover dengan pengimbas jari ini boleh digunakan pada Surface Pro 3 dan Pro 4. Dan boleh didapatkan dengan harga RM669. – MYNEWSHUB.CC

