• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Microsoft Sasar 200,000 Rakyat Malaysia Mahir AI Menjelang 2025

oleh Mohd Arshad
02/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Microsoft Sasar 200,000 Rakyat Malaysia Mahir AI Menjelang 2025
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Microsoft menyasarkan lebih 200,000 rakyat Malaysia mendapat kemahiran kecerdasan buatan (AI) menjelang 2025, kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satya Nadella.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, zaman AI menuntut semua untuk menggunakan peluang yang ada bagi memacu ekonomi, malah misi Microsoft adalah untuk memperkasakan setiap organisasi di Malaysia untuk meraih lebih banyak pencapaian.

Katanya, misi berkenaan adalah untuk memastikan modal insan di negara ini mendapat semua kemahiran yang tepat sama ada di sekolah rendah atau peringkat siswazah.

“Kita meletakkan sasaran untuk mencapai 2.5 juta orang di ASEAN mendapat kemahiran AI dan lebih 200,000 rakyat Malaysia mahir dalam AI menjelang 2025.

“Kami juga menyasarkan AI dijangka memacu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah AS$155 bilion (RM738.68 bilion), dengan peningkatan lebih 14 peratus dalam semua sektor termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan tenaga,” katanya ketika menyampaikan ucap tama secara langsung di Build AI Day Malaysia, hari ini.

Nadella berkata, banyak organisasi di Malaysia sama ada dalam bidang pendidikan, perubatan, korporat dan sektor awam sudah mengguna pakai teknologi AI dan internet kebendaan (IoT) secara meluas.

“Banyak sektor sudah mentransformasikan operasi mereka menggunakan AI dan IoT bagi meningkatkan akses bukan sahaja pengguna. Justeru, adalah menjadi matlamat Microsoft untuk memastikan produk yang ditawarkan boleh dipercayai.

“AI berjaya mengurangkan sekatan kepada semua untuk mendapat kemahiran baharu dan meneroka pekerjaan baharu yang lebih kompleks.

“Saya percaya, AI memberi kita harapan kepada alatan dan teknologi untuk menjadikan kita semua lebih baik,” katanya.

Mengulas mengenai produk yang dibangunkan Microsoft iaitu GitHub, beliau menjelaskan, gergasi teknologi itu memiliki banyak pelanggan termasuk Petronas, AmBank Group telah mengguna pakai teknologi berkenaan untuk menjadi lebih cekap.

Di Malaysia, katanya, Microsoft memiliki lebih 600,000 pembangun perisian, dengan pertumbuhan 28 peratus tahun ke tahun menggunakan GitHub.

“Komuniti GitHub berkembang dengan pesat,” katanya.

Terdahulu, Nadella turut mengumumkan pelaburan AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam infrastruktur awan dan AI dalam tempoh empat tahun akan datang.

Katanya, pelaburan itu adalah untuk memastikan Microsoft memiliki infrastruktur berkelas dunia di mana setiap organisasi, pembangun perisian dan syarikat pemula niaga dapat membangunkan produk untuk kegunaan di peringkat tempatan, malah global.

Beberapa hari lalu, Nadella turut mengumumkan beberapa pelaburan baharu dalam siri lawatannya ke Indonesia dan Thailand.

Di Indonesia, Microsoft berjanji untuk melabur sebanyak AS$1.7 bilion (RM8.1 bilion) dalam AI dan pengkomputeran awan bagi membantu membangunkan infrastruktur AI Indonesia.

Di Thailand, Microsoft akan mewujudkan wilayah pusat data pertama Thailand untuk meningkatkan infrastruktur awan dan AI, menjanjikan latihan AI kepada lebih 100,000 rakyat negara itu membangunkan teknologi.

-Berita Harian

Tags: AIMicrosoft
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Microsoft Umum Pelaburan RM10.5 Bilion Di Malaysia

Next Post

Majoriti Waris Setuju Pindah Kubur Untuk ECRL – MB Selangor

Related Posts

RM50 Juta Untuk Pendidikan AI Di Semua Universiti Penyelidikan

RM50 Juta Untuk Pendidikan AI Di Semua Universiti Penyelidikan

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Peruntukan untuk pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI) akan diperluas ke semua universiti penyelidikan dengan peningkatan peruntukan sebanyak...

Cabaran AI, Pendidikan IPT Perlu Dikemas Kini Ikut Perkembangan Semasa

Cabaran AI, Pendidikan IPT Perlu Dikemas Kini Ikut Perkembangan Semasa

22/08/2024
0

TAPAH - Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memastikan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk...

Next Post
Majoriti Waris Setuju Pindah Kubur Untuk ECRL – MB Selangor

Majoriti Waris Setuju Pindah Kubur Untuk ECRL - MB Selangor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd