Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Isu Pusat Judi Haram:...

TERKINI: Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di rumahnya di Ampang, 3 petang ekoran...

Penyokong Anwar Mula Berhimpun...

PUTRAJAYA - Dianggarkan kira-kira 500 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berhimpun di...

Jokowi Jelajah Kampung Tunggang...

SUKABUMI - Jelajah bermotosikal Presiden Indonesia, Joko Widodo dengan menunggang chopper menarik perhatian...

Kedah Sasar Tanam 2.75...

JITRA - Kedah menyasarkan untuk menanam sebanyak 2.75 juta pokok dalam tempoh lima...

Razer Blade Baru Lebih Ringan Lebih Pantas Lebih Kuasa

RAZER, pengeluar produk dan perkakas khusus untuk permainan komputer melancarkan versi terbaru Blade, laptop yang direka khas untuk permainan video.

Razer Blade kini memiliki spesifikasi lebih baik dari generasi sebelumnya, di mana peningkatan paling ketara adalah, penggunaan processor Core i7-6700HQ generasi ke-6.

Serta grafiknya kali ini dikuasakan oleh GPU NVIDIA GeForce GTX 970M yang memiliki 6GB VRAM.

Razer Blade juga dilengkapi storan SSD PCIe M.2,yang tiga lebih pantas dari SSD biasa.

Semua model Razer Blade, kini didatangkan bersama 16GB RAM DDR4. Sambungan tanpa wayar diuruskan oleh Killer Wireless-AC 1535.

Razer-Blade-Baru-cover-belakang

Manakala sambungan wayar datang dalam bentuk USB3.0, serta Thunderbolt 3 yang serasi dengan USB-C.

Razer Blade memiliki skrin sentuh berukuran 14-inci, dengan resolusi ultra tajam QHD (3200×1800).

Ketebalannya kekal hanya 17.9mm, tetapi beratnya dikurangkan lagi menjadi 1.9kg sahaja, lebih ringan dari sebelum ini. Ini menjadikannya lebih mudah untuk dibawa berjalan bersama.

Papankekunci Razer Blade dikuasakan teknologi Razer Chroma, membolehkan setiap kekunci memiliki lampu tersendiri.

Ia adalah laptop kedua memiliki teknologi sebegini, selepas Ultrabook Razer Blade Stealth. Jutaan pilihan warna dan corak lampu boleh ditetapkan pada setiap kekunci.


Lebih menarik lagi, perisian Razer Synapse menyediakan kesan lampu khas untuk pelbagai permainan seperti Call of Duty, Dota 2, Overwatch dan Blade and Soul.

Razer-Blade-Baru-dengan-Fallout-4-dan-Razer-Core

Laptop baru Razer Blade ini juga serasi untuk digunakan bersama kuasa grafik luaran, Razer Core.

Ia berhubung melalui sambungan wayar pantas mencecah 40Gbps di Thunderbolt 3, serta memberikan sambungan tambahan USB 3.0 & LAN di Razer Core.

Razer telah mula membuka tempahan Razer Blade bermula hari ini, di lamanweb Razerstore.com.

Tempahan jangka akan mula dihantar bermula April bulan depan. Harga jualannya adalah USD1,999 (~RM8,127) bagi storan SSD 256GB, dan USD2,199 (~RM8,941) untuk storan SSD 512GB.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Razer Blade

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori