Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

3 Lagi Menteri Baru...

SERAMAI tiga lagi menteri akan dilantik dalam Kabinet baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Peniaga Kena ‘Main’, Pembeli...

APALAH jenis orang yang suka menganiaya perniagaan orang lain ni. Dah lah menyusahkan...

Tragedi Tanduo Sedarkan Rakyat...

LAHAD DATU - Pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo dekat sini pada Februari...

PBSNT Kekalkan Irfan Bakti...

KUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengekalkan khidmat jurulatih Terengganu...

Polis Belum Terima Notis Lengkap Perhimpunan 2 April Ini

KUALA LUMPUR – Polis masih belum menerima notis lengkap daripada penganjur perhimpunan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan yang dijadualkan di ibu negara, 2 April ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak penganjur harus mengikuti peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Mana-mana pihak yang ingin membuat perhimpunan harus memaklumkan pihak polis terlebih dahulu.

“Sekiranya tidak ada notis lengkap, pihak polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya mana-mana pihak cuba melanggar akta ini,” katanya kepada pemberita selepas turut sama menyertai Program ‘Trim & Fit’ PDRM sempena Hari Peringatan Polis ke 209 di sini, hari ini.

Pakatan Harapan mengumumkan rancangan mengadakan perhimpunan bagi menuntut peletakan jawatan perdana menteri pada 2 April ini di Dataran Merdeka.

Mengulas mengenai perhimpunan tertutup yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, Ahad ini, Khalid berkata pemantauan akan dibuat dan sekiranya didapati terdapat ucapan yang berbaur hasutan, tindakan akan diambil.

Dalam perkembangan lain, Khalid menegaskan PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk anggotanya sendiri sekiranya terlibat dengan kumpulan militan Daesh.


“Polis tidak akan ‘pilih bulu’ sekiranya terdapat anggota penguat kuasa terlibat dengan militan Daesh ini dan tindakan tegas tetap akan diambil.

“Kita tidak mahu fahaman Daesh ini semakin berkembang dan terus bertapak di negara kita,” katanya.

Semalam, seorang anggota polis merupakan antara 15 individu warga tempatan ditahan setelah disyaki terlibat dalam kumpulan militan Daesh.

Kesemua mereka yang terdiri daripada 11 lelaki dan empat wanita berusia 22 hingga 49 tahun itu ditahan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu dalam operasi dijalankan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas pada Selasa lepas hingga semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori