• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majalah TIME Iktiraf Nasi Lemak Sebagai Sarapan Sihat

oleh AK-47
24/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKANAN kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak kini diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh majalah antarabangsa terkenal, TIME.

Menurut majalah berprestij itu, walaupun nasi lemak sering dilabel sebagai makanan berlemak, namun nasi yang dimasak menggunakan santan kelapa tetap mengandungi lemak yang baik untuk kesihatan badan.

timee4

“Memang ia mengandungi kandungan lemak lebih daripada apa yang kita perlukan (kurangkan pengambilan nasi) tetapi makanan itu adalah sarapan yang seimbang.

“Ini kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi termasuk manganese, protein dan karbohidrat.  Kandungan cili dalam sambal (nasi lemak) boleh membantu meningkatkan metabolisme,” lapor majalah TIME.

Artikel bertajuk 10 Healthy International itu turut menyenaraikan beberapa lagi menu sarapan pagi yang didapati berkhasiat dari pelbagai negara lain.

Selain nasi lemak, makanan sarapan dari Turki yang kaya dengan zaiton, tomato, keju dan telur turut mendapat perhatian majalah berkenaan.

Turut tersenarai ialah sarapan dari Israel yang mengandungi sumber nutrisi berkhasiat. Juadah Mesir pula adalah kacang ful dengan rempah ratus yang dimasak semalaman.

Sementara gallo pinto, iaitu kacang hitam yang dihidangkan dengan nasi, dan berasal dari Costa Rica juga dipilih. Di benua Eropah pula, bijirin menjadi sarapan pilihan.

Antaranya ialah hafragrautur dari Iceland dan kasha dari Rusia yang mengandungi pelbagai jenis bijirin dan dimasak dengan susu haiwan ternakan.

Upma dari India turut disenaraikan TIME sebagai sarapan sihat dan ia disifatkan sebagai campuran yang dibuat daripada suji yang sudah dipanggang.

Bukan itu sahaja, sarapan dari Jepun yang kaya dengan hidangan sampingan dan dinikmati dengan nasi manakala sup tulang dari Vietnam turut dipilih sebagai sarapan paling sihat oleh majalah itu.- MYNEWSHUB.CC

Baca: Jual Nasi Lemak Dengan Basikal Di Perantauan

Juga: Spiderman Pun Jual Nasi Lemak Tarik Perhatian

Lagi: Peniaga Lucah Jual Nasi Lemak Tetek Siap Puting

Dan: Kisah Peniaga Nasi Lemak Berjaya Lepas Dibuang Kerja

Tags: antarabangsanasi lemak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Tonton Konsert ‘Winds of Glory’, Puji Kerjasama SPWinds Bersama Amir Masdi

Anwar Tonton Konsert ‘Winds of Glory’, Puji Kerjasama SPWinds Bersama Amir Masdi

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kejayaan kumpulan orkestra Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) meraih...

Johor Perkukuh Tarikan Pelabur Global Ketika Dunia Berdepan Ketidaktentuan Geopolitik

Johor Perkukuh Tarikan Pelabur Global Ketika Dunia Berdepan Ketidaktentuan Geopolitik

04/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor terus mengorak langkah memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pelaburan utama serantau apabila berjaya menarik minat lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd