• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta PABM 2016 Menghadiri Program Lawatan Ilmiah Ke UKM

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESEMUA peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2016 (PABM 2016) dibawa ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor bagi menghadiri satu lawatan ilmiah hari ini.

Program yang dilakukan adalah bertujuan untuk memberikan satu pandangan yang jelas tentang kepentingan bertutur dalam Bahasa Melayu di seantero dunia.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku kemudian disusuli dengan lagu UKM, Varsiti Kita.

Selepas nyanyian lagu-lagu rasmi, Timbalan Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Noraziah Awal memberikan ucapan kepada semua peserta PABM 2016 yang hadir.

Timbalan Naib Canselor, Professor Dato Noraziah Binti Awal
Timbalan Naib Canselor, Professor Dato’ Noraziah Binti Awal

Beliau menerangkan bahawa UKM adalah salah sebuah universiti penyelidikan terkemuka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pembelajaran semasa kuliah dijalankan.

Walaupun menggunakan bahasa Melayu, UKM berjaya melahirkan begitu ramai pelajar yang berjaya sehingga dikenali ke serata dunia.

Angkasawan pertama negara kita, Sheikh Muszaphar Shukor yang merupakan salah seorang insan disegani dunia, juga merupakan produk keluaran UKM.

Program diteruskan lagi dengan ucapan fellow dari Institut Alam dan Bahasa Melayu, Junaini yang menerangkan tentang kepentingan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.

SAM_5115

Junaini kemudian menyentuh aspek perasaan yang timbul antara dua pihak apabila bertutur dalam bahasa ibunda dan menerangkan bahawa pertuturan dalam bahasa Melayu juga membantu menjana sektor politik Malaysia.

Dia kemudian menjelaskan tentang kursus intensif bahasa Melayu yang disediakan di UKM dengan janji bahawa setiap pelajar akan mahir berbahasa Melayu dalam level-level yang tertentu.

Selepas tamat penerangan pihak UKM, kesemua peserta pidato dibawa ke Muzium Warisan Akademik UKM, sebuah galeri yang mempamerkan kesemua sejarah UKM sejak ia ditubuhkan pada 18 Mei 1970 sehingga hari ini.

SAM_5288

SAM_5272

SAM_5321

Muzium ini terbahagi kepada 10 bahagian utama yang menerangkan setiap satu pameran dengan terperinci dan mendalam.

Ia juga mempamerkan semua senarai Canselor dan Timbalan Canselor sejak UKM ditubuhkan, semua jubah bagi setiap fakulti dan taraf pendidikan, pencapaian setiap fakulti dan terdapat satu bahagian khas yang menceritakan tentang angkasawan negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: antarabangsaBahasa MelayuPABM 2016pidato
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial? 

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial? 

21/02/2026
0

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial?  Oleh Mynewshub Sebilangan pemimpin politik termasuk anggota Kabinet tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd