• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial? 

oleh Mohd Arshad
21/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial? 
Share on FacebookShare on Twitter

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial? 

Oleh Mynewshub

Sebilangan pemimpin politik termasuk anggota Kabinet tidak menggunakan bahasa kebangsaan dalam akaun media sosial mereka.

 

Pemimpin politik di Malaysia sepatutnya memahami Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang harus diberi keutamaan.

 

Juga harus memahami ia bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran dan bahasa yang menyatukan rakyat berbilang kaum.

 

Apabila pimpinan politik sendiri tidak mengutamakan Bahasa Melayu, ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa janggal.

 

Rakyat biasa pun tahu, kalau kurang mahir menulis Bahasa Melayu, banyak aplikasi terjemahan boleh membantu.

 

Tidak susah pun. Yang penting ada usaha dan kesungguhan untuk menghormati kedudukan bahasa kebangsaan.

 

Media sosial hari ini bukan sekadar ruang peribadi. Bagi seorang pemimpin, setiap hantaran membawa mesej rasmi.

 

Ramai membaca, menilai dan membuat tanggapan. Sebab itu penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks tempatan sepatutnya menjadi keutamaan.

 

Ini bukan bermaksud bahasa lain tidak penting. Dalam urusan antarabangsa, penggunaan bahasa asing memang perlu.

 

Namun apabila berkomunikasi dengan rakyat Malaysia termasuk di platform media sosial, logiknya Bahasa Melayu perlu didahulukan walau dwibahasa.

 

Bahasa juga soal rasa hormat. Apabila pemimpin menggunakan bahasa kebangsaan, rakyat rasai suatu kemuafakatan.

 

Dalam masa sama, memartabatkan Bahasa Melayu tidak memerlukan ucapan yang berbunga-bunga.

 

Cukup sekadar digunakan secara konsisten dan betul dalam kenyataan rasmi serta hantaran awam.

 

Pemimpin politik wajar menjadi contoh menjaga Bahasa Melayu yang seharusnya bermula dengan mereka.

 

Tabik hormat kepada ahli politik bukan Melayu yang mengutamakan bahasa kebangsaan di media sosial – MYNEWSHUB

Tags: Bahasa Melayu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Laluan UEC Ke IPTA Tidak Akan Terbatas Kepada Kursus Bahasa Sahaja

Laluan UEC Ke IPTA Tidak Akan Terbatas Kepada Kursus Bahasa Sahaja

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lepasan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dibenarkan memasuki institusi pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd