• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Sekeluarga Nyaris Maut Kereta Diseret Lori Sejauh 10 Meter

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Empat sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki diseret sebuah lori sejauh 10 meter dalam kemalangan di KM262.7 Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Seremban, pagi ini.

Jurucakap polis berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Honda Civic yang dipandu seorang wanita bersama ibu serta dua anaknya melanggar belakang sebuah lori 10 tan yang sarat membawa muatan batu bata.

“Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Nilai menuju ke Taman Tuanku Jaafar,” katanya.

Sementara itu, saksi kejadian R. Kesevan, 30, berkata dia memandu di belakang lori terbabit selepas keluar dari Plaza Tol Seremban menuju arah selatan.

“Ketika lori itu hendak memasuki lorong ketiga lebuh raya, kereta yang dipandu mangsa yang datang dari arah Nilai merempuh belakang lori itu.

“Akibat perlanggaran itu kereta mangsa yang melekat di bahagian belakang lori telah terseret sejauh 10 meter sebelum pemandu lori itu menghentikan lorinya,” katanya kepada Bernama.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Md Munawir Md Yusof berkata bomba menerima panggilan pada 7.12 pagi dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.

“Apabila tiba di tempat kejadian terdapat seorang wanita berusia 40-an tersepit di tempat duduk pemandu. Anggota bomba mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Tiga lagi penumpang seorang warga emas (ibu pemandu) berusia 60-an dan dua kanak-kanak, seorang lelaki berusia lima tahun dan seorang perempuan berusia dua tahun (anak pemandu) dikeluarkan orang awam,” katanya.

Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan di muka dan badan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk menerima rawatan lanjut. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd