Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Yu Fang Tarik Diri...

KUALA LUMPUR - Atlet veteran olahraga, Yuan Yu Fang terpaksa menarik diri untuk...

Ahmad Bashah Tidak Peduli...

ALOR SETAR – “ Saya tidak akan melayan apa-apa tuduhan atau serangan peribadi...

Baki Peruntukan Untuk Menyiapkan...

PETALING JAYA : Baki peruntukan untuk menyiapkan keenam-enam kapal tempur pesisir pantai (LCS)...

Brunei Haramkan Penjualan Produk...

KERAJAAN Brunei Darussalam dilaporkan telah mengharamkan penjualan beberapa produk kosmetik dan kesihatan termasuk...

Lelaki Maut Akibat Serangan Jantung Ketika Daki Gunung Datok

SEREMBAN – Seorang lelaki maut dipercayai akibat serangan jantung ketika mendaki Gunung Datok di Rembau, dekat sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Fuad Majid berkata mangsa mula mendaki bersama 18 rakannya pada pukul 9 pagi sebelum mengalami serangan jantung.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.15 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian bersama tujuh anggota.

“Mangsa dijumpai pada ketinggian 800 meter dari aras laut dalam keadaan lemah. Kami mengambil masa dua jam untuk membawa mangsa turun,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

“Mangsa Chung Kwok Kwong, 54, yang berasal dari Petaling Jaya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sejurus tiba di kaki gunung,” kata Mohd Fuad.


Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Operasi menyelamat itu turut disertai tujuh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan tiga anggota Renjer Hutan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori