• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luahan Trauma Hampir Maut Guna Lif Setia City Mall

oleh AK-47
22/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA wanita dan seorang bayi menempuh pengalaman paling menakutkan apabila lif dinaiki mereka secara tiba-tiba tergendala dan hampir terhempas dalam kejadian di pusat beli-belah Setia City Mall, Shah Alam, Selangor pada 12 Mac.

Mangsa, Izzati Amanina menerusi sebuah posting dimuat naik di laman Facebooknya meluahkan pengalaman getir sewaktu kejadian, dia bersama kakaknya, Sarah Sarwina dan bayinya tidak dapat berbuat apa-apa akibat lif digunakan tiada ciri-ciri keselamatan yang cekap.

Ditambah pula dengan sikap semacam ‘lepas tangan’ daripada pihak pengurusan Setia City Mall, Izzati meluahkan segala rasa tidak puas hatinya berkenaan insiden tersebut dan mengharapkan pihak pusat beli-belah terbabit lebih peka dalam soal keselamatan penggunjung.

scm

Setia City Mall,
Sabtu, 11 Mac 2016,
4.20 petang.

Saya pergi ke Setia City Mall bersama dengan kakak saya, Sarah Sarwina dan Ayden, anak saya yang berusia lima bulan.

Kami makan tengah di sebuah restoran, jalan-jalan cuci mata sebelum balik ke rumah. Dengan stroller Ayden yang besar gedabak, kami memilih guna lif untuk pergi ke tingkat bawah P1, kerana ia lebih selamat.

Sebaik saja kami memasuki lif, pintunya tutup dengan pelahan-lahan dan tiba-tiba pintu lif tertutup dengan kuat. “Bang!!”

Bunyi itu membuatkan kami terus panik! Lif jatuh ke bawah dengan pantas ke tingkat bawah sebelum naik ke atas semula dan kemudian jatuh ke bawah lagi.

Kami hanya berdoa saja pada ketika itu dan menekan butang bantuan. Malangnya tiada sebarang butang intercom.

Ketika itu saat yang menakutkan itu juga, tiada sebarang bantuan yang datang. Bila lif sampai ke tingkat bawah, pintu lif terbuka.

Kami masih panik dan tidka pasti sama ada hendak lari keluar atau terus berada di dalam lif. Kami bimbang, jika kami keluar, pintu lif itu akan tutup secara mengejut seperti sebelum ini.

Ada seorang lelaki berdiri di depan lif, terus kami menjerit padanya yang lif ini rosak dan serta merta kami berlari keluar secepat mungkin daripada lif yang jahat itu.

Di dalam kepala, tiada lagi memikirkan hal ‘shopping’ dan lain-lain. Kami masih diselubungi rasa takut yang maksimum, bimbang dengan keselamatan Ayden dan diri kami. Ia boleh menjadi lebih teruk.

Saya pergi melaporkan kejadian itu kepada pihak Setia City Mall. Seorang kakitangan wanita hanya memberikan kami sekeping borang aduan untuk diisi.

Tiada sebarang tawaran bantuan selepas kami mengalami kejadian yang menakutkan itu di pusat beli belah mereka.

“Nanti kami akan e-mel puan semula,” katanya semudah itu sahaja?

Kami mungkin boleh mati dalam lif itu dan Ayden benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku meskipun masih berusia 5 bulan!

Kakitangan wanita itu juga pernah memberitahu kami bahawa perkara seperti itu pernah berlaku sebelum ini. Apa-apa pun, saya tidak akan kembali ke Setia City Mall lagi.

Lebih malang lagi, pihak pengurusan pusat beli-belah ini bersikap sambil lewa dan tidak ambil serius akan kejadian yang menimpa pengunjungnya meskipun ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Anak kecil saya pula trauma dengan kejadian itu dan kemudian demam. Kami bawa ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan.

Setakat ini masih juga tiada sebarang maklum balas dari pihak Setia City Mall mahupun sebarang permohonan maaf. Terima kasih Setia City Mall. – MYNEWSHUB.CC

Baca: Misteri Kes Lif Bergerak Sendiri Di Flat Singapura

Juga: Wanita Diheret Sampai Bogel Dari Lif Ke Rumah

Lagi: Mayat Wanita Ditemui Sebulan Terperangkap Lif

Tags: lif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Tangki Melimpah, 17 Lif Di Komtar Henti Operasi Sementara

Air Tangki Melimpah, 17 Lif Di Komtar Henti Operasi Sementara

26/07/2024
1

GEORGE TOWN - Sebuah tangki air di tingkat 27, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) mengalami 'overflow' menyebabkan airnya melimpah sehingga...

Eskalator, Lif Rosak Di Stesen LRT, MRT Siap Dibaiki Akhir Tahun

Eskalator, Lif Rosak Di Stesen LRT, MRT Siap Dibaiki Akhir Tahun

15/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan kerosakan eskalator dan lif di beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd