• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Tangki Melimpah, 17 Lif Di Komtar Henti Operasi Sementara

oleh Mohd Arshad
26/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Air Tangki Melimpah, 17 Lif Di Komtar Henti Operasi Sementara
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebuah tangki air di tingkat 27, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) mengalami ‘overflow’ menyebabkan airnya melimpah sehingga masuk ke lif di kompleks berkenaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu menyebabkan pengurusan Komtar iaitu PDC Setia Urus Sdn Bhd (PDCSU) terpaksa menghentikan operasi lif buat sementara waktu.

Setakat ini, 17 lif tidak beroperasi dan masih menjalani pemeriksaan keselamatan.

Ketua Pegawai Operasi PDCSU, Loi Kai Horng berkata, ketika pemeriksaan awal dibuat ketika kejadian, hanya empat lif di zon rendah tidak terjejas dan dibenarkan beroperasi.

“Siasatan awal mendapati terdapat ‘overflow’ dari tangki air tersebut dan juruteknik PDCSU telah berjaya menghentikan aliran air keluar. Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengesan punca utama kejadian.

“Setakat ini, ada lima lif yang sudah boleh beroperasi iaitu empat di zon rendah dan satu di zon tengah manakala 17 lif lagi belum beroperasi.

“Lif zon rendah yang berfungsi hanya boleh sampai sehingga ke tingkat 26 manakala lif bagi zon tengah, boleh digunakan sehingga tingkat 46. Mereka yang bekerja di atas daripada tingkat 46 perlu menaiki tangga buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Tambahnya, ketika ini, pasukan kontraktor sedang berusaha untuk memulihkan operasi lif bagi zon tinggi iaitu bagi tingkat 46 ke atas.

“Kita sedang berusaha untuk memulihkan sekurang-kurang sebuah lif untuk zon tinggi. Kita jangka ia boleh dipulihkan hari ini juga. Kita akan bekerja sehingga malam.

“Pihak kontraktor perlu membuang air yang melimpah itu selain menggunakan kipas angin untuk mengeringkan air di situ. Dijangka esok pagi semua lif sudah pulih dan boleh digunakan,” katanya.

Menurut beliau, di zon rendah, hanya empat daripada lapan lif beroperasi, bagi zon tengah, terdapat enam lif namun hanya sebuah beroperasi manakala bagi zon tinggi, kesemua lapan lif tidak beroperasi.

Pada pagi Jumaat, tular beberapa keping gambar memaparkan penjawat awam berkumpul di tingkat bawah Komtar berikutan tidak dapat menaiki lif untuk ke pejabat masing-masing.

Turut tular, beberapa keping gambar pekerja dan kakitangan kerajaan yang bertindak mengeluarkan air yang melimpah di hadapan lif di bangunan tersebut.

SinarHarian-

Tags: air tangkiKomtarlif
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Beri Amaran Keras, Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Naikkan Wang Jaminan

Next Post

Cubaan Bunuh: Pengarah FBI Tak Pasti Trump Cedera Akibat Peluru

Related Posts

Eskalator, Lif Rosak Di Stesen LRT, MRT Siap Dibaiki Akhir Tahun

Eskalator, Lif Rosak Di Stesen LRT, MRT Siap Dibaiki Akhir Tahun

15/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan kerosakan eskalator dan lif di beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT)...

Dua Patah Kaki Lif Kondominum Jatuh Dari Tingkat 8

Dua Patah Kaki Lif Kondominum Jatuh Dari Tingkat 8

15/10/2022
0

Enam individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan situasi cemas apabila lif yang mereka naiki terjatuh dari tingkat...

Next Post
Cubaan Bunuh: Pengarah FBI Tak Pasti Trump Cedera Akibat Peluru

Cubaan Bunuh: Pengarah FBI Tak Pasti Trump Cedera Akibat Peluru

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd