• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Izzue Enggan Bersentuhan Aktres Bukan Mahram

oleh AK-47
22/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANAK jati kelahiran Kelantan Izzue Islam atau nama sebenar beliau Muhammad Izzul Islam Mazlan bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Malah beliau kini mula mengorak satu lagi langkah apabila menceburi bidang perniagaan.

Izzue Islam, 26, bersama isterinya Nurinafilah Waharudin (Awin), 32, kini sibuk menguruskan label pakaian mereka sendiri.

Perniagaan berasaskan jubah lelaki dan wanita yang diberi nama izzuexclusive.

12677301_840557852757407_1174157885_n
Antara koleksi izzuexclusive.
12677619_1686551541601028_906277099_n
Antara koleksi izzuexclusive.

Menurut Izzue kepada sebuah portal akhbar, jenama tersebut adalah idea beliau dan hasil perbincangan bersama isteri serta pereka.

Baginya, jubah tidak lagi pakaian yang hanya dipakai pada hari raya tetapi sudah menjadi pakaian harian. Beliau bersyukur diatas sambutan yang diterima.

Menurut ahli kumpulan Forteen ini, buat masa sekarang, beliau hanya memfokuskan jualan melalui atas talian dan karnival-karnival yang disertai.

Selain sibuk dengan perniagaan online, menurut sumber dari portal akhbar tersebut, Izzue juga telah meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita.

Bagi Izzue, dia percaya bahawa pengarah dan produksi tempatan memahami tuntutan-tuntutan sedemikian apabila diutarakan oleh mana-mana pelakon baik lelaki mahupun wanita.

“Pada saya tak jadi saya masalah atau sesuatu yang pelik. Malah pengarah dan pelakon juga faham dan ia secara tidak langsung memberi sudut kreatif buat pelakon dan pengarah menterjemahkan sesuatu babak tanpa bersentuhan,” jelas Izzue kepada sumber akhbar tersebut.

Baginya, syarat yang dikemukan itu tidak menghalang beliau untuk mendapat tawaran-tawaran berlakon dari produksi tempatan.

Beliau yang bakal muncul menerusi drama ‘Patah Sebelah Sayap‘ bersama Ummi Nazeera dan Aeril Zafril, yang akan ditayangkan di slot Samarinda, TV3, serta beberapa lagi tawaran dari stesen televisyen tempatan. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Q3cXnGKoeuw]

Tags: IZZUE ISLAMizzuexclusiveJubahmahram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

24/12/2022
0

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia...

Izzue Islam Mengaku Punyai Kelemahan Vokal

01/11/2018
0

PENYANYI Izzue Islam mengakui dia antara yang lemah daripada segi vokal dalam kalangan anggota kumpulannya, Forteen. Izzue atau nama sebenarnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd