• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Beranak Nyaris Rentung, Kereta Terbakar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Empat beranak nyaris rentung apabila kereta Proton Saga dinaiki mereka terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Hutan Rekreasi Masjid Tanah-Sungai Udang, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, kereta dipandu Anisza Md Kasim, 43, bersama tiga anaknya, Najwa Zaidi, 17, Nur Atiqah, 12, dan Muhammad Zulhairi, 10, dipercayai bertembung dengan sebuah Proton Persona dari arah bertentangan dipandu, Faieez Jumiron, 22.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah, Pegawai Bomba Kanan II, Tee Kim Guan, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.56 petang, sebuah jentera bomba bersama 10 anggota termasuk seorang pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Tindakan pantas orang awam yang melalui lokasi kejadian berjaya menyelamatkan mangsa, walaupun api merebak sehingga ke kawasan rumput berhampiran.

“Tiga kanak-kanak yang juga penumpang Proton Saga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk muka dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan Proton Saga terbakar 100 peratus manakala Proton Persona yang remuk di bahagian hadapan hanya terbakar kira-kira 10 peratus. Punca kemalangan masih belum dikenal pasti. – Berita Harian

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd