• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masing Tegur Pihak Halang Usaha Majukan Tanah NCR

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing menegur pihak tertentu di negeri ini kerana menghalang usaha yang dilakukan bagi memajukan tanah adat pribumi (NCR).

Beliau berkata selain menuduh kerajaan cuba merampas tanah rakyat, pihak berkenaan turut menghalang juruukur daripada menjalankan kerja mengukur tanah NCR mereka yang ingin menyertai projek pembangunan tanah.

“Mereka menuduh juruukur cuba merampas tanah rakyat dan menghalau mereka. Sedangkan, mereka bukan berasal dari kawasan di mana tanah itu akan dimajukan.

“Kalau anda tak mahu majukan tanah sendiri, janganlah menyekat orang lain daripada memajukan tanah mereka. Kalau anda tak mahu kerajaan membantu memajukan tanah rakyat, anda perlulah menolong rakyat memajukan tanah mereka,” katanya.

Masing berkata demikian ketika merasmikan Projek Pembangunan Tanah NCR (ladang sawit) di Pasai Siong, lebih 30km dari sini, Ahad.

Beliau berkata akibat hasutan pihak tetentu, banyak pemilik tanah NCR enggan menyertai sebarang projek pembangunan tanah.

Masing berkata sekiranya tanah mereka dimajukan, ia bukan sahaja meningkatkan nilai dan menjana pendapatan pemiliknya, malah tanah berkenaan juga akan terjamin kerana ia akan diukur dan diberi hak milik.

Mengenai projek pembangunan tanah Pasai Siong, Masing, yang bercakap kepada pemberita kemudian, berkata pelaksanaan projek itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau melawat Rumah Sebastian Ungoh pada 13 Mei 2010.

Dikendalikan Felcra Berhad, projek pembangunan melibatkan tanah seluas 5,700 milik lebih 500 keluarga dari 30 rumah panjang itu akan dimajukan dalam lima fasa. – BERNAMA

Tags: sarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd