• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Gesa Pilihan Raya Di Syria Dalam 18 Bulan

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT- Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria menggesa negara itu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 18 bulan lagi, pada Jumaat lalu ketika pembangkang negara itu mengumumkan penyertaan dalam rundingan damai baharu dijadualkan pada minggu depan.

Namun antara perkembangan membimbangkan sebelum rundingan, serangan kerajaan dilaporkan membunuh tujuh penduduk awam di Aleppo, bandar kedua terbesar Syria walaupun ketika gencatan senjata.

Gencatan terbabit menyaksikan Syria agak tenang tanpa pertempuran antara rejim yang disokong Russia dan pemberontak bukan pengganas mulai 27 Februari lalu.

Kuasa dunia kini mengharapkan gencatan untuk bertahan bagi membolehkan pusingan baharu rundingan bukan secara langsung dijalankan antara pembangkang dan kerajaan pada 14 Mac ini, di Geneva.

Wakil PBB, Staffan de Mistura berkata, rundingan penting akan bermula Isnin minggu depan di Geneva dan ia dijangka tidak melebihi 10 hari.

Hari pertama rundingan itu adalah permulaan kiraan masa bagi kedua-dua pilihan raya presiden dan parlimen di Syria di bawah pemantauan PBB,” katanya.

“Pilihan raya baharu patut dianjurkan 18 bulan apabila rundingan bermula, iaitu pada 14 MAc,” kata de Mistura kepada agensi berita kerajaan Russia, RIA Novosti. Bersandarkan gesaan itu, pilihan raya Syria mungkin diadakan pada pertengahan September 2017. – AFP/BH ONLINE

Tags: PBBSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd