• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kembara Kebajikan 1Malaysia Jelajah 20 Lokasi Mulai Esok

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kembara Kebajikan 1Malaysia yang kini memasuki tahun ketiga akan memberi tumpuan kepada dua program iaitu Gema Kasih@Komuniti serta Cari dan Bantu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kedua-dua program itu merupakan antara pengisian kembara kali ini sebagai inisiatif kementerian mempelbagaikan aktiviti kebajikan melalui pendekatan pendampingan sosial.

Katanya Kembara Kebajikan 1Malaysia yang bermula esok di Lundu, Sarawak dan berakhir di Bagan Datoh, Perak pada 9 April, dijadual dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Gema Kasih@Komuniti adalah program berkonsepkan karnival perkhidmatan secara pusat sehenti untuk kemudahan rakyat khususnya di kawasan pedalaman.

“Kami mahu beri pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat mengenai peranan serta program kami selain meningkatkan penglibatan pemimpin masyarakat, sukarelawan dan sektor swasta dalam memberi perkhidmatan kepada golongan sasar,” katanya.

Rohani berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV membincangkan topik ‘Semai Semangat Sukarelawan’, di sini baru-baru ini.

Katanya antara pengisian program Gema Kasih@Komuniti adalah pendaftaran orang kelainan upaya (OKU), gotong royong perdana, mempromosi serta mendaftar sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan rawatan kesihatan percuma.

Mengenai program Cari dan Bantu, beliau berkata ia bertujuan mencari dan mengenal pasti rakyat yang layak menerima bantuan serta perkhidmatan JKM selain memastikan golongan berkenaan tidak tercicir.

Sebagai contoh katanya, mungkin masih ramai keluarga miskin tidak mendapat bantuan kewangan, OKU tidak berdaftar, kanak-kanak tidak bersekolah, Taska tidak berdaftar serta pelbagai isu sosial dan kebajikan yang boleh dibantu.

“Antara perkhidmatan program Cari dan Bantu adalah Jejak Prisma (Psikologi Rakyat 1Malaysia), khidmat sukarelawan serta khidmat bantu di rumah,” katanya.

Rohani berkata Kembara Kebajikan 1Malaysia akan disertai lebih 100 sukarelawan sepanjang program jelajah di 20 lokasi antaranya Kompleks Penyayang Sri Aman, Sarawak; Dewan Kg Darau, Sepanggar, Sabah; Dewan Jubli Perak, Rompin, Pahang dan Dataran Datuk Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd