PELAKON jelita Amyra Rosli atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati binti Rosli, 24, mengakui dia kini ingin fokus terhadap kerjaya dan jika dia bertemu jodoh dengan Amar Baharin, dia juga tidak akan menolaknya.
“Jujur saya katakan, bukan Amar sahaja yang saya rapat, ramai lagi kawan lelaki yang rapat dalam hidup saya. Cuma mereka bukan artis, jadi perkara ini kurang diberi perhatian”
“Saya muak apabila kisah saya dan Amar tidak berkesudahan. Ada pula peminat yang mendoakan kami berumahtangga. Ya itu doa yang baik.
“Cuma persoalan jodoh itu ketentuan Allah. Siapa saya untuk menolak ketentuan Allah?”
“Saya tak berani memberikan kenyataan yang Amar bukan jodoh saya, kerana bagaimana kalau kami ditakdirkan bertemu jodoh.
“Kami rapat bukan kerana cinta buat masa ini, ia lebih kepada sebuah keluarga. Keluarga Amar juga sudah menjadi seperti keluarga saya”. – Mynewshub.cc
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=lhW6ecmSqRU]

