Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Gambar: Sweet.. Norman Buat...

ALAHAI, bertuah sungguh empunya diri Memey Suhaiza dikurniakan seorang suami yang begitu romantis...

Op Selamat: 3,695 Saman...

TEMERLOH - Polis Pahang telah mengeluarkan 3,695 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam...

JDT Terus Terajui Kedudukan...

KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), mengutip tiga mata...

Sindrom Malaysia: Antara Debat,...

SIRI serangan bom serta kebimbangan merebaknya sel Daesh secara sejagat pada tempoh terdekat,...

Gerakan Jatuhkan PM Tindakan Terdesak, Tak Akan Berjaya

KUALA LUMPUR – Gerakan deklarasi rakyat yang kononnya mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah satu tindakan terdesak dan tidak akan berjaya, kata Presiden Makkal Sakti Datuk R.S. Thanenthiran.

Beliau berkata kumpulan gabungan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir telah hilang kewibawaan apabila bersekongkol dengan parti pembangkang bagi tujuan itu.

“Apabila mereka tidak berjaya menurunkan Perdana Menteri dengan cara melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah kepada pemimpin itu, mereka cuba pula meraih simpati pihak pembangkang untuk bersama-sama melakukan tindakan itu.

“Mereka bukan sahaja ‘meludah ke langit’, tetapi lebih daripada itu dan orang UMNO dan BN tidak akan memaafkan mereka sehingga ke akhir hayat kerana bukan sahaja menikam dari belakang tetapi telah ‘membunuh’ parti BN yang bersusah payah membangunkan negara,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau percaya tindakan yang diibaratkannya sebagai ‘mimpi di siang hari’ itu, tidak mewakili parti UMNO dan BN sebaliknya hanya satu serangan peribadi untuk membalas dendam terhadap Najib.

“Kalau betul mereka rasa Najib tidak betul, tunggulah pada PRU ke-14 nanti yang tidak sampai dua tahun lagi dan jika berasa boleh memenangi perjuangan ini, sertai pilihan raya,” katanya.


Justeru beliau meminta rakyat di negara ini tidak termakan propaganda dan fitnah yang dilemparkan kumpulan itu dan percaya kumpulan itu tidak akan berjaya.

Thanenthiran turut mewakili kaum India terutama ahli Makkal Sakti membuat ketetapan akan terus menyokong kepimpinan Najib kerana beliau telah banyak melakukan perubahan kepada kaum itu khususnya kepada sekolah Tamil, kuil dan menyelesaikan isu kad pengenalan dalam kalangan masyarakat India.

Semalam, Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Penandatanganan lain termasuk bekas Muhyiddin, Mukhriz dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori