• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, Seorang Parah Dalam Kemalangan Libatkan 3 Kenderaan

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua maut manakala seorang cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kereta dan sebuah van di Kilometer 5 Jalan Sungai Dua-Pekan Air Kuning Selatan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Wooi Kooi Cheang berkata kemalangan berpunca apabila sebuah kereta jenis Proton Satria Neo dari arah Gemas menuju Air Kuning Selatan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan van yang dipandu seorang warga Pakistan.

“Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, sebuah lagi kereta jenis Proton Saga turut melanggar belakang van berkenaan menyebabkan van itu terbalik dan masuk ke dalam longkang.

“Pemandu van maut di tempat kejadian manakala penumpang kereta Proton Satria Neo meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jasin,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mangsa yang maut adalah warganegara Pakistan, Razio Fazal, 34, dan Rohayu Ghazali, 28, manakala pemandu Proton Satria Neo yang mengalami cedera parah tidak didedahkan identitinya oleh polis.

Wooi berkata Mayat Razio dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat. Pemandu Proton Saga pula hanya mengalami cedera ringan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kilometer 270.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban, seorang parah manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan kira-kira 1.40 tengah hari tadi.

Seorang daripada mangsa yang terlibat Zulkifli Abdul Razak, 43, berkata sebelum kejadian, dia berhasrat mahu menghulurkan bantuan kepada sebuah kenderaan yang berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.

“Niat saya untuk membantu kereta tersebut. Belum sempat berbuat apa-apa pemandu kereta yang rosak ini telah menjerit mengatakan ada treler (di belakang) sebelum kami berdua bergegas menyelamatkan diri.

“Seorang rakan kepada sebuah kenderaan yang ingin saya bantu tadi bagaimanapun tidak sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian itu, penumpang kenderaan yang dirempuh serta pemandu treler dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut.

Dalam perkembangan lain, seorang pekerja kilang maut selepas terjatuh ke dalam mesin memproses kelapa sawit di sebuah kilang di Jempol, kira-kira 12.35 tengah hari tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jempol Rosla Alias berkata mangsa warga tempatan berusia 30-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam Termasuk Bayi Maut Nahas SUV Bertembung Lori Tanah Di Sungai Petani

Enam Termasuk Bayi Maut Nahas SUV Bertembung Lori Tanah Di Sungai Petani

07/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SUNGAI PETANI – Enam individu termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti...

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd