Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Hujan Lebat Dijangka Berterusan...

Imej satelit dari Jabatan Meteorologi yang terkini menunjukkan cuaca hujan lebat dijangka akan...

Kerajaan Tidak Perlu Terikat...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan...

Polis Tahan Lelaki, Rampas...

KOTA BHARU - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 20 botol dadah jenis...

Saya Masih Penasihat Undang-Undang...

PETALING JAYA : Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan bahawa...

Kes Demam Denggi Diramal Lebih Buruk Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Kes demam denggi di seluruh negara diramal menjadi lebih buruk tahun ini berbanding tahun lepas apabila 26,533 kes dilaporkan sejak Januari hingga semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan lebih 1,400 kes berbanding 25,028 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 55 kematian direkodkan di seluruh negara berbanding 65 kematian bagi tempoh sama tahun lepas, serta lebih 2,800 kes baharu denggi dilaporkan setiap minggu di seluruh negara,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan aplikasi Mobile iDengue hasil kerjasama Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diwakili menteri berkenaan, Datuk Seri Madius Tangau.

Dr. Sumbramaniam berkata kes denggi dijangka meningkat atas pelbagai faktor termasuk kebersihan persekitaran, pemungutan sampah yang tidak berjadual, sikap rakyat yang tidak bertanggungjawab selain nyamuk Aedes yang merupakan vektor utama wabak denggi.

“Kewujudan aplikasi Mobile iDengue meningkatkan lagi keberkesanan kaedah penyaluran maklumat mengenai status denggi dengan mudah, cepat dan tepat kepada pengguna,” katanya.

Dr. Subramaniam berkata Selangor mencatatkan jumlah kes baharu demam denggi tertinggi dengan 13,306 kes atau 70 peratus daripada jumlah di seluruh negara.

Ia berlaku atas faktor-faktor dari segi kepadatan penduduk dan jenis penempatan yang ada di negeri itu, katanya.


Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 18 kematian direkodkan di Selangor diikuti dengan sembilan kematian masing-masin di Pulau Pinang dan Terengganu manakala Negeri Sembilan (5), Johor (3), Sarawak (3), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (2) serta Pahang (2).

Ini diikuti dengan masing-masing satu kes kematian bagi negeri Kedah, Melaka, Kelantan dan Sabah.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata keputusan ujian bagi makanan yang didakwa mengandungi serpihan kaca yang dimakan tujuh pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor akan siap selepas tiga minggu.

Minggu lepas, media melaporkan tujuh murid itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lepas setelah termakan sarapan yang didakwa mengandungi serpihan kaca halus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas turut berkongsi perasaan marah dan kecewa dan mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengetahui punca kejadian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori