• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Wanita Mangsa Pemerdagangan Manusia Diselamatkan

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua belas wanita warga asing ditemui dikurung dalam bilik rahsia di sebuah pusat hiburan di Jalan Seang Teik, di sini dalam operasi pihak berkuasa tengah malam tadi.

Kesemua wanita yang dipercayai mangsa pemerdagangan orang itu bukan sahaja bersesak dalam bilik kecil berkenaan, malah terpaksa berpanas kira-kira sejam sebelum diselamatkan Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia.

Penolong Pengarah Bahagian Atipsom, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Ahmad Zainal Abidin Mohd Ali berkata operasi pada pukul 12.50 tengah malam itu dijalankan hasil maklumat awam dan intipan sejak seminggu lepas.

“Semua wanita itu diarah melarikan diri melalui lorong tikus untuk ke bilik rahsia yang memang disediakan bagi mereka bersembunyi jika pusat hiburan berkenaan diserbu pihak berkuasa,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk mereka membuka pintu bilik rahsia itu kerana dikatakan takut dimarahi dan dipukul sindiket yang mengawal mereka.

Ahmad Zainal Abidin berkata kesemua wanita itu, terdiri daripada tujuh rakyat China dan lima Vietnam berusia 20-an dipercayai dijadikan hamba seks kepada pelanggan di pusat hiburan tersebut.

Beliau berkata pemeriksaan juga mendapati pusat hiburan itu mempunyai sebuah bilik kawalan di bahagian atas yang dilengkapi skrin rakaman CCTV untuk mengesan sebarang pergerakan di luar premis.

“Dipercayai semua wanita itu dibawa masuk ke negara ini sejak sebulan lepas dan kami kini memburu anggota sindiket pemerdagangan manusia terbabit yang dipercayai aktif di Pulau Pinang serta beberapa negeri lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusiapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd