SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah nasib seorang lelaki digelar “ustaz kasanova†yang diburu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sejak lebih tiga bulan apabila akhirnya berjaya diberkas.
Mohd Razis Ismail, 34, yang dikatakan mempunyai 13 isteri termasuk wanita warga Kemboja dan Thailand, sebelum ini berjaya meloloskan diri sewaktu ke Penjara Kajang untuk mengambil “isterinya” yang dibebaskan daripada kesalahan bersekedudukan.

Setelah 101 hari dalam buruan, beliau berjaya diberkas pihak polis dengan bantuan Jawi setelah berjaya dikesan melalui sistem pengesanan telefon bimbit, lapor akhbar Harian Metro hari ini.
Pasukan polis terlibat adalah Pasukan Cawangan Khas (SB) Bukit Aman dan ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya.
Mohd Razis atau nama baharunya Arrozi Abd. Rahman yang digunakan bagi tujuan penyamaran, ditahan jam 3.35 petang kelmarin di Pandan Indah ketika mahu keluar membeli barang keperluan untuk “isterinyaâ€Â, menurut ketua penolong pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jawi.
“Dia ditahan ketika mahu keluar membeli barang keperluan untuk ‘isterinya’ yang tinggal di flat berhampiran lokasi tangkapan, langsung tidak ada perasaan bersalah, malah sempat ucap “terima kasih, tuan” kepada pegawai bertugas,” kata Wan Jaapar Wan Ahmad seperti dilapor.
Lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam selepas melakukan pelbagai kesalahan jenayah dan syariah, antaranya bersekedudukan sehingga pasangannya melahirkan anak luar nikah, mengabaikan nafkah dan nikah cerai yang tidak didaftarkan.
Wan Jaapar berkata lelaki itu juga melakukan kesalahan menghina Islam apabila berkahwin lebih daripada yang dibenarkan menurut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

