• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

101 Hari Diburu, ‘Ustaz Kasanova’ Beristeri 13 Diberkas Polis

oleh AK-47
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah nasib seorang lelaki digelar “ustaz kasanova” yang diburu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sejak lebih tiga bulan apabila akhirnya berjaya diberkas.

Mohd Razis Ismail, 34, yang dikatakan mempunyai 13 isteri termasuk wanita warga Kemboja dan Thailand, sebelum ini berjaya meloloskan diri sewaktu ke Penjara Kajang untuk mengambil “isterinya” yang dibebaskan daripada kesalahan bersekedudukan.

ustaz2

Setelah 101 hari dalam buruan, beliau berjaya diberkas pihak polis dengan bantuan Jawi setelah berjaya dikesan melalui sistem pengesanan telefon bimbit, lapor akhbar Harian Metro hari ini.

Pasukan polis terlibat adalah Pasukan Cawangan Khas (SB) Bukit Aman dan ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya.

Mohd Razis atau nama baharunya Arrozi Abd. Rahman yang digunakan bagi tujuan penyamaran, ditahan jam 3.35 petang kelmarin di Pandan Indah ketika mahu keluar membeli barang keperluan untuk “isterinya”, menurut ketua penolong pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

“Dia ditahan ketika mahu keluar membeli barang keperluan untuk ‘isterinya’ yang tinggal di flat berhampiran lokasi tangkapan, langsung tidak ada perasaan bersalah, malah sempat ucap “terima kasih, tuan” kepada pegawai bertugas,” kata Wan Jaapar Wan Ahmad seperti dilapor.

Lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam selepas melakukan pelbagai kesalahan jenayah dan syariah, antaranya bersekedudukan sehingga pasangannya melahirkan anak luar nikah, mengabaikan nafkah dan nikah cerai yang tidak didaftarkan.

Wan Jaapar berkata lelaki itu juga melakukan kesalahan menghina Islam apabila berkahwin lebih daripada yang dibenarkan menurut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Tags: ditahanustaz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan selepas ditemukan bersama sepucuk senjata api, sejumlah peluru serta...

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli mengalu-alukan usaha berterusan pihak berwajib mendakwa mana-mana ahli politik atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd