• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Awang Tolak Tanda Tangan Deklarasi Rakyat

oleh
08/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA –  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak tegas Deklarasi Rakyat yang ditandatangani di ibu negara  pada Jumaat minggu lalu yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Antara yang menurunkan tanda tangan ada juga pemimpin PAS, tetapi mereka bukan mewakili mana-mana pertubuhan atau kumpulan…tanda tangan, tetapi kami (PAS) mempunyai pendirian tegas kami sendiri.

“Ada resolusi yang kami boleh terima, tetapi ada yang tidak boleh kami terima, malah ada resolusi yang kami bersedia untuk tambah,” kata beliau dalam video terbaharu yang dimuatnaik menerusi Facebook rasmi PAS.

Abdul Hadi tidak secara jelas menyatakan pendirian sebenar PAS ke atas Deklarasi Rakyat tetapi mengingatkan kembali bahawa jutaan ahli UMNO itu pada masa ini bukan musuh sebenar parti Islam tersebut.

“Ada beberapa pemimpin (PAS) dalam kalangan kami yang dilihat menghadiri (majlis tanda tangan Deklarasi Rakyat) – kita wajar memahami apakah kenyataan yang saya pernah buat beberapa hari lalu.

“Saya mengeluarkan kenyataan bahawa pihak PAS selama ini tidak pernah langsung bermusuh dengan ahli-ahli UMNO, sebaliknya PAS hanya menolak ideologi dibawakan oleh UMNO.

“Kita memang nyata berbeza dengan UMNO dari segi ideologi tetapi kita tidak mahu bermusuhan pula dengan ahli UMNO; kita perlu memahami bahawa itu ialah dua perkara yang berlainan,” tambah beliau.

Justeru Abdul Hadi yang dipetik oleh portal tempatan AgendaDaily dilaporkan sebagai berkata, pada akhirnya PAS juga tetap memerlukan undi daripada ahli UMNO sendiri ketika berlangsung proses pilihan raya.

“Boleh kita menang dengan hanya undi ahli PAS sahaja? Kita tidak boleh menang dengan ahli PAS semata-mata. Jika boleh, kita mahu ahli UMNO undi kita juga. Kita juga mahu bukan Islam undi kita,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Deklarasi Rakyat – Tun M Mahu Kembalikan Rejim ISA, Diktator

Tags: Deklarasi Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Tandatangan Deklarasi Rakyat Gugat Keamanan Negara

02/06/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat oleh seorang pesara tentera harini berikutan isu pemalsuan nama dan kegiatan jual beli data...

Deklarasi Mahathir: Polis Akan Panggil Azharuddin

31/05/2016
0

KUALA TERENGGANU - Polis akan memanggil pengatur cara komputer Azharuddin Othman, 30, yang dipercayai terlibat menjual maklumat pangkalan data penduduk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd