• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Rani Kulup Belasah Ahli Gusti Dengan Tongkat Naga

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Hangat, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN bukan selebriti yang sering muncul di kaca TV ataupun layar perak namun Abdul Rani Kulup Abdullah atau Rani Kulup popular bagaikan pelawak terkenal negara, dewasa ini.

Daripada gaya hinggalah pembawakan diri Rani Kulup berjaya mencuri perhatian ramai yang menganggapnya dilahirkan untuk menghibur hati orang lain walaupun beliau didakwa bekas Komando dan punca sebenar terkenal adalah ‘hobinya’ membuat laporan polis.

BACA: Rani Kulup Dakwa Jerebu Pulih Berkat Laporan Polisnya

Terbaharu, sejak semalam video memaparkan beliau yang lebih mesra dipanggil ‘Ayah’ membelasah seorang ahli gusti berbadan besar menjadi sensasi Internet.

Video yang turut dimuatnaik (dengan bangganya) di Facebook Abdul Rani Bin Kulup Abdullah itu dikatakan berlaku di Teater Kuash, TTDI, Kuala Lumpur semalam.

ranikulupp
Video dimuatnaik di Facebook Rani Kulup, mendakwa beliau telah belasah seorang ahli gusti yang biadap kepadanya.

Menurut keterangan video yang ditulis Rani Kulup, ianya berpunca apabila seorang ahli gusti terus membelasah lawannya yang sudah kalah hingga cedera di leher sebelum turun dari gelanggang lantas menghampirinya dan memberi amaran supaya jangan membuat laporan polis.

Apabila ahli gusti terbabit menolak tubuhnya selepas memberi amaran, beliau bingkas melawan dengan menyepak kelangkang ahli gusti terbabit dan membelasah dengan tongkat naganya sebelum dileraikan orang keliling.

ranikulupfb

Bagaimanapun rata-rata komen yang diterima berhubung video yang dimuat naik Rani Kulup itu nampaknya mengambil ringan apa yang cuba disampaikannya dan menganggap beliau cuma berlakon.

Menarik: Video: Rani Kulup Buat “Surprise” Masak Ketam #Kipidap

Lebih ‘jilake’ ramai yang menumpukan perhatian pada kelemahan beliau mengeja perkataan dengan betul dan sibuk mahu menegurnya bab itu.

ranikul

rear

Jadi kesimpulannya, adakah Rani Kulup benar-benar telah membelasah ahli gusti berbadan besar tersebut atau sekadar lakonan?

Dah tentulah lakonan! Ini sebenarnya merupakan gimik bagi acara Malaysia Pro-Wrestling yang berlangsung sejak semalam. Ala-ala WWE tu.. apa pun, dongibab! Kipidap! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: Rani KulupTeater KuashTTDI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid At-Taqwa TTDI Didakwa Diboikot, Isu Pengurusan & Layanan Jemaah Jadi Perhatian

Masjid At-Taqwa TTDI Didakwa Diboikot, Isu Pengurusan & Layanan Jemaah Jadi Perhatian

26/02/2026
0

Kuala Lumpur – Satu hantaran di media sosial yang memaparkan suasana lengang ketika majlis iftar di Masjid At-Taqwa Taman Tun...

Cubaan Buka Penutup Lubang Kabel Di Lorong Belakang Rumah Dirakam CCTV

Cubaan Buka Penutup Lubang Kabel Di Lorong Belakang Rumah Dirakam CCTV

10/12/2025
0

SHAH ALAM, 10 Disember 2025 – Tindakan tiga lelaki yang dipercayai cuba membuka penutup lubang kabel di lorong belakang rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd