• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Unsur Khianat Insiden Kebakaran Lokomotif

oleh Ahmad Albab
18/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada unsur khianat ataupun sabotaj dalam insiden kebakaran lokomotif tren Ekspres Rakyat, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Intercity yang berlaku pada 9 dan 11 Februari lepas.

KTM Berhad (KTMB), dalam kenyataan hari ini, berkata insiden kebakaran itu berpunca daripada masalah teknikal.

“Berdasarkan siasatan dalaman, punca sebenar masih dalam siasatan forensik oleh Jabatan Bomba, Jabatan Kejuruteraan Fleet KTMB, Jabatan OSHEN (Jabatan Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran KTMB) dan pihak insurans yang ditempatkan di Depoh Batu Gajah.

“Kami menjangkakan laporan terperinci punca kebakaran kedua-dua lokomotif berkenaan akan siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan dari sekarang,” menurut kenyataan tersebut.

Pada 9 Februari lepas, sebuah lokomotif tren Ekspres Rakyat terbakar kira-kira satu kilometer dari stesen KTMB Sungai Gadut, dekat Seremban berikutan kerosakan enjin.

Dalam kejadian 2.35 petang itu, sebanyak 310 penumpang dan pemandu kereta api yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang, selamat.

Pada 11 Februari lepas, sebuah lagi lokomotif tren Ekspres Rakyat 2, yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Butterworth terbakar di Kampung Kuala Tanjung, dekat Kamunting, Perak pada pukul 8.45 malam.

Kesemua 300 penumpang serta petugas selamat dalam insiden itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]tyXmtfTHcKo[/wpdevart_youtube]

 

Tags: KTMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd