• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Sasar Duduki 4 Teratas Liga Hoki Remaja Wanita Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
29/02/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu menyasar untuk menduduki empat teratas dalam kejohanan liga hoki remaja wanita kebangsaan yang berlangsung sejak 26 Feb hingga 13 Mac ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT) Marzilaini Mohammad berkata kejohanan yang diadakan di Kuala Lumpur dan padang hoki Sekolah Menengah Padang Midin Kuala Terengganu itu, julung kali dianjurkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

“Kita menurunkan pasukan SUKMA (Sukan Malaysia) sebagai persiapan untuk menghadapi SUKMA 2016 di Sarawak,” katanya kepada Bernama.

Menurut Marzilaini pasukan Terengganu menunjukkan prestasi amat memberangsangkan dalam peringkat kumpulan iaitu menang ke atas Kelantan 11-0 dan SMK Gurun Kedah 5-2, namun tewas kepada Kuala Lumpur 1-4.

Beliau berkata Terengganu masih mempunyai tiga perlawanan di peringkat kumpulan untuk ke separuh akhir.

Marzilaini berkata sebanyak 14 pasukan menyertai kejohanan berkenaan yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Katanya, Terengganu berada dalam kumpulan B bersama-sama pasukan Yayasan Pahang, Majlis Sukan Negeri Kedah, Kelantan, SMKK Gurun, Kedah, Kuala Lumpur dan Universiti Sains Malaysia.

Beliau berkata pasukan Terengganu dibimbing oleh bekas pemain hoki negeri Asa’ari Abdul Aziz. – BERNAMA

Tags: hokiTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd