• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangani Cabaran Yang Beri Kesan Kepada Industri Minyak Sawit

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Senario ekonomi global yang diunjurkan kurang memberangsangkan pada 2016 mewujudkan beberapa cabaran dalam industri kelapa sawit termasuk permintaan untuk minyak sawit di negara-negara pengimport utama, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sehubungan itu, katanya terdapat keperluan untuk menangani cabaran ini, terutamanya dalam menangani keseluruhan permintaan global yang rendah dan kesannya ke atas paras stok domestik.

“Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa minyak sawit merupakan komponen penting dalam rantaian bekalan makanan, pertumbuhan ekonomi yang perlahan di negara-negara pengimport utama dan pengeluaran minyak sayuran yang lebih tinggi mungkin memerlukan kajian semula strategi pemasaran semasa untuk memastikan akses pasaran yang berterusan bagi minyak sawit Malaysia,” katanya.

Uggah berkata demikian semasa berucap pada ‘Reach and Remind, Friends of the Industry Seminar 2016’ di sini hari ini.

“Peluang baharu untuk minyak sawit perlu diteroka dan antara bidang yang memerlukan sinergi ialah pembangunan biofuel berasaskan sawit yang menjimatkan kos.

“Biofuel berasaskan sawit adalah mesra alam dan merupakan sumber bentuk tenaga yang mampan, melengkapi usaha oleh negara-negara maju utama untuk mengurangkan pelepasan karbon yang dibuat pada persidangan mengenai perubahan iklim di Paris baru-baru ini,” katanya.

Industri minyak sawit merupakan sumber penting kepada pendapatan eksport dan menjana pekerjaan dengan kesan pengganda ekonomi yang ketara.

Pada 2015, Malaysia menyumbang 31.7 peratus daripada pengeluaran minyak sawit global dan 36.4 peratus daripada eksport global, katanya.

“Pada tahun lepas, minyak sawit menyumbang RM60.11 bilion kepada pendapatan eksport, merosot sebanyak 5.5 peratus berbanding 2014, disebabkan purata harga MSM minyak sawit mentah yang rendah,” katanya.

Katanya bagi memenuhi tuntutan kelestarian terhadap minyak sawit, standard Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) dilancarkan pada Januari 2014 sebagai standard kebangsaan untuk SPO yang diperakui Malaysia.

Uggah berkata kementerian telah mewujudkan skim Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) dalam kalangan negara-negara pengimport terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat yang sentiasa meminta SPO yang diperakui.

Beliau turut menggesa rakan indusri utama dan pekebun kecil untuk bekerjasama bagi menggalakkan lagi penerimaan MSPO sebagai lambang minyak sawit diperakui.

Pada peringkat antarabangsa, Malaysia dan Indonesia telah menandatangani piagam penubuhan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) pada November 2015 sebagai negara pengasas.

Keanggotaan CPOPC, katanya akan diperluaskan kepada negara tanaman kelapa sawit yang lain, dan CPOPC akan menyediakan platform untuk bekerjasama dalam kalangan negara-negara pengeluar minyak sawit ke arah mewujudkan peluang pasaran yang lebih besar. – BERNAMA

Tags: kelapa sawit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

Remaja Curi 14 Tandan Kelapa Sawit, Sumbat Dalam Kancil

31/01/2024
0

HULU TERENGGANU - Tindakan seorang remaja lelaki mencuri buah kelapa sawit menggunakan kereta jenis Perodua Kancil tidak kesampaian apabila ditahan...

Buruh Paksa Bukan Lagi Isu Sawit Negara Ini

22/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Amalan buruh paksa bukan lagi isu di negara ini, berikutan tindakan kerajaan melaksanakan pelbagai langkah menanganinya, termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd