• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Pandu Tren Dari KL Ke Segamat

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat hari selepas memandu sendiri tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke Segamat, hari ini Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sekali lagi berkenan berbuat demikian.

Kali ini baginda memandu tren khas dari Stesen Kuala Lumpur di ibu negara ke Segamat, Johor melibatkan perjalanan sejauh kira-kira 378 kilometer.

Ini merupakan kali kesepuluh baginda memandu sendiri kereta api selepas kali terakhir berbuat demikian pada empat hari lepas dari JB Sentral ke Segamat.

Sultan Ibrahim memandu tren tersebut dengan diiringi oleh dua pemandu lokomotif KTMB, Mohd. Kamal Asmawi dan Supawi Ismail.

Kedua-dua pemandu tersebut masing-masing mempunyai pengalaman antara 10 hingga 20 tahun memandu kereta api KTMB.

Terdahulu, Pengurus Kanan Pemasaran KTMB, Mohd. Noordin Kimi membacakan doa sebelum tren yang dipandu Sultan Johor itu memulakan perjalanan. Turut hadir, Presiden KTMB, Leftenan Kolonel (B) Sarbini Tijan.

Kereta api berkenaan memulakan perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur kira-kira 10 pagi dan dijangka tiba di Stesen KTMB Segamat pada kira-kira 4.45 petang.

Perjalanan yang melalui enam stesen KTMB itu membabitkan tren empat gerabak yang mengambil masa kira-kira enam hingga tujuh jam.

Baginda memiliki lesen memandu kereta api Kelas 26 pada 28 Jun 2010. – BERNAMA

Tags: Sultan Johortren
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 101 Akta Pengangkutan Awam...

Tren Tergelincir di Stesen Chan Sow Lin, Semua Penumpang Selamat

Tren Tergelincir di Stesen Chan Sow Lin, Semua Penumpang Selamat

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rapid KL mengesahkan sebuah tren tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd