• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Akan Ambil Tindakan Terhadap Pemandu Bas Kasari Penumpang

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen seorang pemandu bas yang didakwa mengasari seorang penumpang dalam kejadian pada 25 Jan lepas.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata bagaimanapun tindakan itu akan diambil setelah siasatan terperinci mengenai kejadian itu selesai dijalankan oleh polis.

“Biarlah (polis) selesaikan siasatan terlebih dahulu dan selepas itu baru kita ambil tindakan termasuk membatalkan lesen pengusaha bas berkenaan.

“Polis akan mengambil tindakan terhadap pemandu bas tersebut. Pihak SPAD akan mengambil tindakan terhadap pengusaha bas serta pemandu bas berdasarkan siasatan yang dilakukan polis,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Terminal Bas Amanjaya di sini hari ini.

Katanya perbuatan pemandu bas itu adalah tidak beretika kerana ia tidak menggambarkan budaya rakyat di negara ini.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata pihaknya juga memanggil pemandu dan penumpang bas berkenaan untuk membantu siasatan membabitkan penguatkuasaan pengangkutan.

Kejadian seorang pemandu bas ekspres mengasari seorang penumpang lelaki semasa dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang itu tersebar di media sosial.

Pemandu dikatakan naik angin apabila penumpang berkenaan didapati tidur di kerusi yang dikhaskan untuk pemandu.

Susulan kejadian itu, penumpang berkenaan membuat laporan polis pada 28 Jan di Balai Polis Melaka Tengah. – BERNAMA

Tags: pemandu basSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

16/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd