Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Indonesia Diliwat Sehingga...

SEORANG kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum ini, ditemui mati dalam...

4,500 Panggilan Sehari –...

KOTA BAHARU (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerima lebih 4,500 panggilan...

Ahmad Maslan Tak Tanding...

PONTIAN: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menolak desas-desus bertanding pada Pilihan...

Pesawat Lion Air Terputus...

JAKARTA - Sebuah pesawat Lion Air dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan...

Shahidan Cadang Diskusi Ilmiah Agama Diadakan

KANGAR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan supaya diadakan satu program perbincangan ilmiah mengenai isu perbezaan fahaman agama.

Beliau berkata ia bagi memberi input yang jelas kepada semua pihak agar tidak keliru dengan kenyataan berkaitan fahaman agama yang sering dilontarkan di media sosial mahupun ceramah di dalam majlis ilmu.

“Saya sudah cadangkan wacana ilmu berhubung isu ini pada Rabu depan. Saya amat berharap Presiden Aswaja (Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia) Ustaz Zamihan Mat Zain menerima tarikh tersebut dan menjadi ahli panel pada diskusi itu nanti bersama-sama dengan Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Shahidan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dikeluarkan Zamihan yang mendakwa Mohd Asri telah menfitnahnya sebagai pelampau agama yang mencerca individu lain disebabkan perbezaan pandangan dalam Islam.


Beliau berkata sebagai penganjur wacana itu, surat undangan sebagai ahli panel program berkenaan telah dihantar kepada kedua-dua pihak dan dicadangkan diadakan di Auditorium Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Shahidan berkata pihaknya sedang menunggu jawapan kedua-dua pihak sama ada bersetuju atau tidak untuk hadir pada program wacana itu.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]Vom5CKaj7jY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori